ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu treler mabuk rempuh enam kenderaan, seorang maut

Berita Tempatan

Views

Seorang pemandu lori mabuk merempuh enam kenderaan di Kilometer 19 Lebuhraya Pasir Gudang, di Johor Bahru, semalam dan menyebabkan seorang maut.

Berita Harian melaporkan, dalam kejadian jam 6.30 petang itu, pemandu lori berusia 37 tahun itu yang dalam perjalanan dari arah Pasir Gudang menghala ke Johor Bahru, dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol.

Kenderaan berat yang dipandu terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah lori jenis Scania dan lima kereta, termasuk Perodua Myvi, Perodua Axia, Perodua Alza, Proton Waja dan Proton Wira.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata kemalangan di percayai berlaku lori itu terbabas dan masuk ke laluan bertentangan serta merempuh kenderaan di laluan itu.

Katanya, akibat kemalangan itu, pemandu Perodua Alza iaitu lelaki berusia 21 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Tambahnya, pemandu Proton Waja, seorang lelaki berusia 46 tahun masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI). Empat lagi pemandu sudah hadir membuat laporan di Balai Polis Trafik Seri Alam.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Mohd Sohaimi berkata, polis menahan pemandu lori berkenaan untuk siasatan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis memandang serius kejadian berkenaan dan tidak akan berkompromi dengan pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak memandu kenderaan ketika di bawah pengaruh alkohol ini kerana ia boleh mengakibatkan kejadian tidak diingini, termasuk hilang kawalan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Hishammuddin Hussein

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply