Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan hari ini menghadiahkan kereta elektrik (EV) buatan dan kebanggaan negaranya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya.
Menerusi catatan pada akaun Facebook miliknya serta platform sosial lain malam ini, Perdana Menteri berkongsi pemberian kenderaan model Togg T10X itu.
Beliau menyifatkan hadiah berkenaan mencerminkan komitmen tegas kedua-dua negara untuk tangkas meneroka peluang kerjasama dalam pelbagai bidang, sama ada di lapangan teknologi, inovasi dan automotif.
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
“Presiden Recep Tayyip Erdogan telah menghadiahkan kereta elektrik buatan dan kebanggaan Turkiye yakni TOGG kepada negara.
“Pemberian ini mencerminkan komitmen tegas kedua-dua negara untuk tangkas meneroka peluang kerjasama dalam pelbagai bidang, samada di lapangan teknologi, inovasi dan automotif.
“Malaysia dan Republik Tukiye akan terus memperkukuh dan memanfaatkan persahabatan erat yang terjelma serta memungkinkan lembaran baharu dalam hubungan strategik yang pastinya memberi manfaat kepada kedua-dua negara,” katanya.
Anwar berkata pemberian itu adalah sempena lawatan rasmi Erdogan selama dua hari ke Malaysia yang berakhir hari ini. Terdahulu, media melaporkan Perdana Menteri hari ini menerima sebuah EV Togg sebagai hadiah daripada Presiden Turkiye.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
Erdogan menghadiahkan Togg T10X berwarna putih itu kepada Anwar sebagai tanda persahabatan.
Anwar kemudiannya memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik sepenuhnya itu ke Kompleks Seri Perdana bersama Erdogan bagi menyaksikan pertukaran perjanjian selain sidang media bersama serta jamuan makan tengah hari.
Ditubuhkan pada 2018, Togg adalah pengeluar EV nasional utama dan pertama Turkiye.
Sebelum itu, Erdogan diberikan sambutan negara di Kompleks Perdana Putra, diikuti pertemuan empat mata dengan Anwar selama hampir satu jam, serta mesyuarat dua hala.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Anwar Ibrahim
Togg T10X
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
KOMEN TERKINI