ARKIB

KATEGORI

Buletin

Erdogan jadi pemilik pertama model EV buatan Türkiye, Togg T10X

Berita Global

Views

Presiden Türkiye Recep Tayyip Erdogan menjadi pemilik pertama kereta elektrik keluaran negara itu pada Isnin. “Hari ini, kita menyaksikan impian 60 tahun negara kita direalisasikan.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Togg adalah simbol kepada pembangunan teknologi, perkembangan ekonomi dan reputasi global negara kita,” kata Erdogan pada majlis penyerahan SUV segmen-C kereta elektrik Togg di Ankara, lapor Xinhua.

Prototaip kereta itu diperkenalkan oleh Türkiye’nin Otomobili Girişim Grubu (Togg) pada Disember 2019. Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev turut menjadi antara pemilik terawal kereta elektrik keluaran negara itu.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Harga bagi model standard T10X bermula daripada 953,000 lira Turkiye (sekitar US$49,600) hingga 1.05 juta lira, manakala model jarak jauh berharga hampir 1.22 juta lira, menurut statistik yang dikeluarkan oleh syarikat itu.

Syarikat itu merancang untuk mengeluarkan 1 juta kereta dalam lima model berbeza menjelang 2030. Türkiye menyasarkan untuk mengeksport kereta Togg dalam masa dua tahun. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Togg

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply