ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemenang peraduan ‘Perodua Service and Win’ bawa pulang sebuah Axia G baharu

Views

Mohd Saipol Kamal Nor Izam Mohd Saad, (33 tahun) dari Ipoh berjaya membawa pulang sebuah Perodua Axia G baharu dengan hiasan luaran istimewa setelah diumumkan sebagai pemenang Hadiah Utama, peraduan ‘Perodua Service and Win’. Beliau yang juga pemilik Perodua Alza menyertai peraduan tersebut setelah menghantar kenderaan miliknya untuk diservis. Peraduan yang telah diadakan antara bulan April dan Jun itu merupakan kerjasama dengan Petronas Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd yang dilantik pembekal pelincir kenderaan rasmi Perodua.

Ia menyaksikan seramai 37,600 orang yang telah mengambil bahagian dengan jumlah keseluruhan 1.26 juta liter minyak pelincir telah terjual sepanjang tempoh tiga bulan peraduan, kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr. Zahari Husin. Sebanyak 90 hadiah telah diberikan kepada pemenang dan mereka dipilih secara rambang menerusi program perisian bagi memastikan keputusan yang lebih telus.

Perodua menjangkakan sebanyak 2.05 juta kemasukan ke pusat servis untuk tahun ini berbanding 2.03 pada tahun lalu. Dari sudut jualan pula, sebanyak 137,200 unit kenderaan telah pun dihantar antara Januari dan Ogos tahun ini, meningkat 2.6 peratus berbanding 133,700 unit untuk tempoh yang sama pada 2016. Pada bulan Mei tahun lalu, Perodua dan Petronas Lubricants Marketing Malaysia, anak syarikat Petronas Dagangan Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian untuk pembekalan minyak pelincir untuk kegunaan khidmat selepas jualan Perodua.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply