ARKIB

KATEGORI

BuletinSukan Permotoran

Siri Jelajah Motonation 2017 akan ke Johor Bahru 23 September ini!

Views

Karnival permotoran antara yang terbesar di Asia Tenggara yang julung kalinya bakal berlangsung pada Disember nanti di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Motonation 2017 meneruskan siri jelajah bagi mempromosikan acara tersebut. Setelah dua siri jelajah yang telah berlangsung di Kota Bharu dan Balai Seni Visual Negara, siri yang ke-3 akan berlangsung di Sutera Square, Johor Bahru pada 23 September 2017!

Untuk edisi kali ini, ia adalah kolaborasi antara Motonation bersama JB Underground dan bakal menyaksikan himpunan hampir 1,000 buah kenderaan. Pelbagai aktiviti menarik bakal menanti pengunjung seperti demonstrasi aksi stunt, pameran supercar dan musclecar, pameran kereta JDM, MDM dan Eropah, drift, persembahan DJ serta artis undangan seperti OAG, permainan kanak-kanak, trak makanan serta cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah yang menarik.

Pengunjung juga berpeluang untuk melihat trak transformer sepanjang 40 kaki, pertama di Asia yang akan dibawa ke semua lokasi siri jelajah untuk mempromoasikan acara ini. Kepada usahawan automotif, di lokasi siri jelajah ini anda berpeluang untuk menyertai SUPERB BIZPITCH @MOTONATION dan membentangkan idea/pelan perniagaan anda yang berkaitan industri automotif untuk menjadi pemenang geran perniagaan berjumlah RM500,000.00!

Jangan lepaskan peluang ini, jom ramai-ramai ke sana!

BACA >> Motonation 2017 bakal gegar Putrajaya Disember ini!

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply