ARKIB

KATEGORI

Tular

Pemilik terpaksa minta bantuan polis suraikan pengunjung di Petron Genting Highlands

Tular

Views
@ammarawr_ #ad Kena halau 😂 #fyp #ad #xyzbca ♬ bunyi asal – Nies🦋

Pemilik terpaksa hubungi polis, orang nak isi minyak, ini datang bergambar sahaja dengan angin”. Itu antara komen dilontarkan seorang warganet ketika memberi reaksi kepada sebuah video tular di Tiktok baru-baru ini.

Menurut KOSMO! ONLINE, komen balas itu dibuat apabila seorang pengguna Tiktok dikenali sebagai AmmaRawr memuat naik sebuah video menunjukkan kehadiran sebuah kereta peronda polis di stesen minyak berkenaan.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Menerusi video di dimuat naik itu, kelihatan sebuah kereta polis berada di stesen minyak terbabit bagi mengawal kehadiran puluhan kereta yang berada di situ.

Difahamkan, stesen minyak itu terletak di Genting Highlands dan menjadi tular di media sosial kerana mempunyai unsur pencahayaan cantik selain berkabus ketika waktu malam.

Berikutan itu, orang ramai sering berkumpul di situ pada waktu malam bagi mengambil gambar sekali gus menyebabkan berlakunya kesesakan terutamanya pada cuti hujung minggu.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Dalam pada itu, rata-rata pengguna Tiktok menyelar tindakan orang ramai yang sering bergambar di situ kerana disifatkan menyusahkan pengguna jalan raya khususnya ketika mahu mengisi minyak.

“Bagus polis datang, susah nak isi minyak sebab ramai,” kata Pak Man. “Pekerja stesen minyak hubungi polis, isi minyak tidak tetapi datang untuk bergambar sahaja,” jelas Mr. Z.

“Orang datang nak isi minyak pun tidak senang, kau datang semata-mata nak ambil gambar, mesti pemilik marah,” jelas Ain Rahim.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply