Laporan mengenai sebuah Honda Odyssey dalam keadaan melintang selepas dipercayai terbabit dalam kemalangan, membongkar kes curi tiga ekor kerbau yang disumbatkan dalam kereta terbabit, dalam kejadian di Kampung Bukit Serdang, dekat Bera awal pagi tadi.
Polis pada mulanya menerima laporan mengenai terdapat sebuah kereta dalam keadaan melintang di tengah jalan sebelum pemeriksaan lanjut menemui tiga ekor lembu disumbat dalam kereta terbabit.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkeflee Nasir, berkata pengadu lelaki berusia 50 tahun menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut, pada jam 3.20 pagi.
Siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati sebuah motokar jenis Honda Odyssey berwarna kelabu dalam keadaan melintang di tengah jalan.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
“Pemeriksaan lanjut dalam motokar berkenaan terdapat tiga ekor kerbau yang diletakkan di bahagian tempat duduk belakang dalam keadaan tidak bermaya kerana disyaki kesan ubat pelali,” katanya.
Katanya, siasatan lanjut akan dilakukan dan memohon orang ramai yang menyaksikan kejadian itu atau pemilik yang kehilangan kerbau memaklumkan kepada pihak polis. – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Ustaz Syam
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI