ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penganjur ‘Honda Day 2024’ dikecam warganet, bagi hadiah utama cabutan bertuah Accord SM4 ‘lusuh’

Tular

Views

‘Budak-budak Honda’ nampaknya mengalami sedikit kemurungan sejak kelmarin apabila acara tahunan gah mereka yang dikenali ‘Honda Day‘ yang dilangsungkan Sabtu lalu mendapat kecaman menyeluruh semalam.

Apa yang menjadi perhatian apabila hadiah utama penganjuran tersebut adalah kereta Honda Accord SM4 yang dikeluarkan pada tahun 1991 yang berharga RM3,500.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

Kegigihan warganet mencari di mana asal Honda Accord tersebut membuahkan hasil apabila hantaran asal penjual kereta tersebut telah berjaya ditemui.

Melalui iklan di laman sosial Facebook, Accord hitam lusuh yang belum dicat itu dibuka untuk jualan pada 14 Ogos lalu dengan harga hanya RM3,500.

Bukan itu sahaja, menjadi pendebatan umum apabila peserta yang ingin menyertai acara cabutan bertuah perlu membeli baju acara terbabit dengan harga RM80 sehelai dan beg RM10.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami

Sebelum hari penganjuran Honda Day 2024 pada Sabtu lalu di Litar Antarabangsa Sepang berlangsung, isu hadiah utama itu telah kedengaran apabila ramai peserta yang tertanya-tanya berkenaan hadiah cabutan pertama.

Ramai yang beranggapan, acara besar yang menghimpunkan semua pemilik kenderaan jenis Honda yang menjadi kebanggaan anak muda Malaysia ini mampu menyediakan hadiah seperti Honda Civic FN terbaharu.

Ternyata anggapan tersebut meleset apabila acara yang dikatakan berjaya menjual lebih 8,000 helai baju itu hanya menyediakan Honda Accord bercat lusuh berharga RM3,500 sahaja. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply