Akaun Facebook rasmi Perodua mula menyiarkan iklan acah yang memperlihatkan pilihan warna baharu untuk model SUV tujuh-tempat duduk, Aruz.
Dengan kapsyen,
”
Black Car Lovers, Get Ready!
. We’re about to drop a new black fav that is pure sophistication on wheels. Can you guess what’s coming?”
kita nampaknya sudah boleh mengagak apakah warna yang dimaksudkan itu.
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
Menurut info yang kami perolehi, warna hitam tersebut adalah Elegant Black yang merupakan salah satu pilihan warna untuk model Alza baharu.
Ini mungkin penambahan dalam variasi warna sedia ada Aruz yang terdiri daripada Garnet Red, Electric Blue, Granite Grey, Glittering Silver, dan Ivory White.
Mungkin juga salah satu warna sedia ada akan digugurkan dan akan digantikan dengan Elegant Black. Kami menjangkakan warna Granite Grey akan digantikan dengan warna hitam tersebut.
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
Aruz 2021 masih mengekalkan enjin empat-silinder 1.5 liter Dual VVT-i dengan blok aluminium yang digandingkan dengan transmisi automatik kawalan elektronik dan Eco Idle untuk memberikan kecekapan bahan api sehingga 15.6 km/l, sekali gus menjadikannya Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).
Model semasa Aruz ditawarkan dengan dua pilihan varian iaitu varian X dan varian AV. Aruz juga telah menerima penarafan keselamatan maksimum lima-bintang daripada ASEAN NCAP.
Ia dilengkapi dengan enam beg udara dan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) untuk semua varian, manakala sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 2.0 ditawarkan pada varian AV.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
KOMEN TERKINI