ARKIB

KATEGORI

Buletin

Program “Kembali ke Sekolah Castrol” pupuk kesedaran keselamatan jalan raya untuk penunggang muda

Berita Tempatan

Views

Castrol Malaysia mengumumkan pelancaran program “Kembali ke Sekolah Castrol” yang merupakan inisiatif komprehensif bertujuan untuk memupuk kesedaran mengenai keselamatan jalan raya di kalangan penunggang motosikal muda.

Inisiatif ini membuktikan komitmen Castrol dalam melindungi nyawa di atas jalan raya dan menyebarkan mesej mengenai keselamatan dan perlindungan.

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan bahawa satu daripada tiga korban jalan raya di Asia Tenggara melibatkan penunggang motosikal.

Antara tahun 2010 dan 2019, Indeks Kematian Jalan Raya Malaysia merekodkan 59 peratus dari korban jalan raya melibatkan penunggang motosikal.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Ini jelas menunjukkan keperluan untuk mewujudkan inisiatif keselamatan jalan yang lebih mantap bermula dengan pendidikan dan pemerkasaan.

Dengan kerjasama MotoWazi dan disokong oleh Kementerian Pendidikan, program ini direka khusus untuk para pelajar sekolah menengah berusia 16 dan 17 tahun yang baharu mendapat lesen motosikal.

Program ini merangkumi sesi keselamatan jalan raya secara teori dan amali yang dijalankan di kawasan sekolah semasa waktu persekolahan biasa.

Menurut Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia dan Singapura, Keow Mei-shan, pihaknya ingin melengkapkan penunggang motosikal muda dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mereka perlukan untuk kekal selamat di jalan raya.

Wazi Abdul Hamid, jurulatih keselamatan motosikal dan pakar keselamatan jalan raya, akan mengadakan sesi teori untuk memastikan bahawa para pelajar mendapat maklumat yang berharga mengenai amalan keselamatan dan peraturan jalan raya.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Pasukan MotoWazi teruja dengan kerjasama ini dan potensi untuk memberi kesan positif ke atas penunggang muda.

Dalam fasa pertama, program ini akan dilancarkan di sepuluh sekolah di Lembah Klang dari September hingga Oktober 2023.

Castrol merancang untuk mengembangkan jangkauan program itu ke lima puluh sekolah di seluruh negara pada 2024.

Program ini bukan sekadar kempen pendidikan, malah ia membuktikan komitmen Castrol terhadap keselamatan.

Menerusi inisiatif ini, Castrol bukan sahaja berusaha mengaitkan jenama itu dengan keselamatan jalan raya tetapi turut memupuk budaya perlindungan, supaya pengguna “Ingat perlindungan, ingat Castrol” apabila berbicara tentang keselamatan jalan raya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply