ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengeluaran massa Tesla Cybertruck ditunda hingga ke akhir 2022 – Elon Musk

Berita Global

Views

Elon Musk baru-baru ini telah mengesahkan yang pengeluaran massa model pikap Tesla Cybertruck akan ditunda sehingga ke akhir 2022. Julung kali diperkenalkan pada November 2019, Tesla pada masa itu mengatakan Cybertruck akan tiba ke pasaran pada tahun ini (2021).

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Walaubagaimanapun, pengeluar kenderaan elektrik itu mendedahkan perancangan untuk menundanya sehingga ke tahun 2022 semasa pengumuman keputusan kewangan Suku Pertama 2021, bulan lalu.

Musk telah menyatakan bahawa ia telah ditangguhkan lagi hingga ke penghujung 2022 dan pengeluaran dengan jumlah yang besar tidak akan dapat dicapai sehingga akhir 2023. Bilionaire itu juga mengesahkan berita tersebut semasa bercakap dengan para pekerjanya.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Beliau juga tidak menyatakansecara spesifik bulan atau suku bilakah pengeluaran model tersebut akan bermula. Sejak kali pertama diperkenalkan, ia digembar-gemburkan bakal menjadi trak pikap elektrik pertama yang diserahkan kepada pelanggan.

Namun, Rivian R1T telah memintasnya, manakala GMC Hummer EV dan Ford F-150 Lightning turut berkemungkinan akan diserahkan kepada pelanggan lebih awal dari Cybertruck. Sebelum ini dilaporkan lebih dari sejuta tempahan telah dibuat untuk model ini dan ia berpotensi menjadi trak pikap elektrik terlaris di pasaran.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply