ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rasmi! Xiaomi tubuhkan unit perniagaan kenderaan elektrik

Berita Global

Views

Gergasi teknologi China, Xiaomi kini dilihat begitu serius untuk memasuki pasaran automotif dan secara rasminya mengumumkan penubuhan Xiaomi EV Company Limited.

Menurut GizmoChina, satu pengumuman telah dibuat oleh pengasas, pengerusi, dan ketua eksekutif syarikat, Lei Jun, yang mengatakan jenama EV tersebut akan mempunyai modal berdaftar sebanyak 10 bilion RMB (RM 6.21 bilion).

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Dalam satu kenyataan, Xiaomi mengumumkan bahawa mereka telah menghabiskan lima bulan terakhir untuk menjalankan kajian pengguna dan pemeriksaan rantaian industri. Xiaomi telah melakukan lebih dari 2,000 kaji selidik bersemuka dan melakukan lawatan ke lebih dari 10 rakan industri.

Di samping itu, syarikat tersebut baru-baru ini telah membuka iklan jawatan kosong di Weibo dan dalam masa kurang dari sebulan, mereka telah menerima lebih dari 20,000 resume. Buat masa ini syarikat tersebut telah mempunyai seramai 300 pekerja.

Pada akhir Ogos lalu, Xiaomi telah membeli syarikat teknologi pemanduan autonomi, Deepmotion Tech. Walau bagaimanapun, syarikat itu belum mengemukakan hala tuju yang terperinci, sama ada merancang untuk menghasilkan EV sendiri atau bekerjasama dengan pengeluar kenderaan atau pengeluar kontrak sedia ada.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Awal tahun ini, buat julung kalinya Jun mengumumkan hasrat Xiaomi untuk memasuki pasaran EV sambil mengumumkan syarikat itu bersedia membelanjakan $10 bilion (RM 41.46 bilion) untuk usaha tersebut dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Mac lalu, desas-desus berlegar di alam maya mengatakan Xiaomi telah mengadakan perbincangan bersama Great Wall untuk menggunakan salah satu daripada kilang pengeluar kereta itu untuk menghasilkan kenderaan elektrik di bawah jenama mereka sendiri.

Walaupun beberapa sumber dalaman mengatakan yang kedua-dua pihak tersebut bakal mengumumkan kerjasama dalam masa terdekat, namun masih belum ada apa-apa pengumuman yang dibuat oleh mereka setakat ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply