Proton telah mengadakan upacara pecah tanah untuk tambahan baharu ke fasiliti stamping di Tanjong Malim, baru-baru ini.
Rangkaian baharu akan dikenali sebagai stamping E dan F dan akan meningkatkan jumlah pengeluarannya di Proton Tanjong Malim dan bersedia untuk memindahkan pengeluaran Proton Saga dari Shah Alam menjelang tahun 2026.
Sejumlah RM253 juta telah diperuntukkan untuk projek ini, yang dijangka juga akan menampung peningkatan jumlah pengeluaran keseluruhan serta model-model baharu yang akan diperkenalkan dalam masa terdekat.
Ini adalah penambahan kedua yang dirancang untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran alat ganti Proton selepas perasmian kilang rangkaian stamping D pada 14 Mac 2023 oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr. Li Chunrong, penambahan rangkaian stamping E dan F adalah penting bagi rancangan pengembangan volum pengeluaran masa depan kerana ia memberi lebih banyak fleksibiliti untuk meningkatkan pengeluaran dan memenuhi permintaan pasaran.
Tambahnya, sepanjang tahun 2023 sehingga Jun 2024, kilang Tanjong Malim telah menghasilkan sebanyak 6,067,064 komponen, di mana 395,211 daripadanya adalah dari rangkaian D.
Jumlah ini akan berkembang dengan pesat apabila pengeluaran untuk Proton Saga dipindahkan ke sini pada tahun 2026.
Rangkaian baharu E akan mempunyai proses pengecapan empat peringkat dengan mesin pengecapan 1,600 tan dan tiga mesin 800 tan, manakala rangkaian F akan menggunakan proses pengecapan lima peringkat dengan mesin pengecapan 2,000 tan, 1,200 tan, dan tiga mesin dengan daya pengecap 1,000 tan.
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
Selain mesin pengecapan, robot juga akan digunakan untuk memindahkan alat ganti antara stesen kerja, manakala teknologi IR 4.0 akan dilaksanakan dengan menggunakan data secara langsung dan pembelajaran mesin untuk meningkatkan kualiti alat ganti yang dihasilkan.
Selain itu, rangkaian baharu ini akan membantu mengurangkan lagi kebergantungan Proton terhadap alat ganti import untuk model-modelnya.
Ini akan melindungi syarikat daripada kemungkinan gangguan dalam perdagangan global, dan menambahbaik bekalan alat ganti tempatan.
Pada masa yang sama, pelaburan ini akan meningkatkan kecekapan yang sedia ada di Tanjong Malim dan akan menyumbang kepada pembangunan berterusan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV).
Tambah Dr. Li Chunrong lagi, pihaknya akan terus mempertahankan matlamat kerajaan untuk meningkatkan penyertaan tempatan dalam industri automotif melalui penciptaan pekerjaan pada pelbagai peringkat.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
KOMEN TERKINI