ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengembaraan epik Proton e.MAS 7 bermula esok – Bakal menjelajah seluruh Malaysia dengan jarak melebihi 2,000 km

Berita Tempatan

Views

Model EV sulung keluaran Proton, e.MAS 7 bakal memulakan pengembaraan siri jelajahnya merentasi semenanjung hingga ke Sabah dan Sarawak dengan jarak melebihi 2,000 km.

Pengembaraan epik ini akan meliputi semua negeri di Malaysia bermula pada 5 Oktober dan ia bukan sahaja mempamerkan kehebatan EV tersebut tetapi juga Semangat Malaysia dalam kecemerlangan kejuruteraannya.

e.MAS 7 kini berada di dalam fasa akhir ujian dimana unit percubaan ini terus diuji dengan teliti bagi menyesuaikannya dengan keperluan pengguna Malaysia.

Jelajah e.MAS 7 dibina atas kejayaan “Long Test Drive” Geely E5 dari China ke Malaysia bagi membuktikan ketahanan dan kebolehpercayaan teknologi tersebut walaupun menghadapi cuaca buruk.

Seterusnya, e.MAS 7 akan merentasi jalan raya di Malaysia sambil menikmati kepelbagaian makanan tempatan yang terkenal, bermula dari Negeri Sembilan dan berakhir di Sarawak pada 29 November.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

Fasa pertama Jelajah e.MAS 7 membawa kenderaan EV ini menuju ke arah selatan melalui Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor.

Jelajah ini disertai dengan persinggahan di stesen pengecasan dan tempat makan popular di mana orang ramai berpeluang melihat dan berinteraksi dengan e.MAS 7.

Jelajah e.MAS 7 ini menandakan bermulanya babak baharu bagi pengeluar kereta nasional dimana ia dapat mempamerkan reka bentuk menarik EV sulungnya kepada orang ramai.

Meskipun dibaluti pelekat kereta yang bercorak, rekaan moden dan canggihnya masih dapat dilihat menerusi lampu belakang LED penuh serta pemegang pintu tersembunyi.

Dengan merentasi jalan raya Malaysia dengan pelbagai keadaan cuaca, Jelajah e.MAS 7 ini akan mendapat peluang untuk mempamerkan kualiti kenderaan, keandalan, dan ketahanan teknologi terunggul.

Terbentuk hasil kerjasama dengan Geely, hal ini menggambarkan kebolehan dan kemampuan yang boleh dicapai dari bakat kejuruteraan Proton bersama rakan kongsinya.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami

Ketua Pegawai Eksekutif, PRO-NET, Zhang Qiang berkata, beliau yakin pasukan jurutera syarikat akan mempercepatkan penyesuaian Proton e.MAS 7 dengan keadaan unik di Malaysia, sambil menekankan komitmen PRO-NET dalam membina dan mengembangkan ekosistem EV tempatan.

Untuk memikat penonton di setiap persinggahan jelajah dan menarik penyertaan, Jelajah Proton e.MAS 7 akan menampilkan seorang pengacara bergerak.

Di setiap negeri, seorang ‘figura awam’ akan menyertai jelajah untuk berinteraksi dengan rakyat di lokasi makanan popular bagi mengeratkan hubungan dengan EV nasional pertama ini.

Di setiap fasa Jelajah Proton e.MAS 7 ini, e.MAS 7 akan mengunjungi pusat Pengedar Proton e.MAS yang disertai oleh ‘pencipta kandungan digital’ yang akan bekerjasama dengan pengacara untuk berinteraksi dengan orang ramai melalui pelbagai aktiviti.

Fasa pertama Jelajah e.MAS 7 bermula dari Proton COE di Shah Alam dan akan menuju ke Negeri Sembilan. Proton e.MAS 7 akan melawat negeri anda pada tarikh berikut:

  • 5 Oktober 2024 – Negeri Sembilan dan Melaka
  • 6 Oktober 2024 – Melaka dan Johor
  • 7 Oktober 2024 – Johor

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply