ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penggodam curi maklumat peribadi 3.3 juta pelanggan Audi-Volkswagen di Amerika Syarikat

Berita Global

Views

Volkswagen baru-baru ini mengesahkan bahawa salah satu pengedar mereka di Amerika Syarikat telah digodam, dan ini menyebabkan beberapa butiran peribadi 3.3 juta pelanggan mereka telah diambil oleh pihak penggodam ini.

Menurut portal Amanz.my, jurucakap Volkswagen mengatakan bahawa majoriti besar pelanggan-pelanggan ini adalah pelanggan sedia ada dan mereka yang menunjuk minat untuk membeli kereta berjenama Audi. Maklumat yang tertiris ini diambil dari pengkalan data pelanggan yang disimpan dari tahun 2014 sehingga 2019.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Data yang diambil oleh penggodam ini kebanyakannya hanyalah nombor telefon dan juga alamat emel pelanggan, walaupun terdapat pelanggan yang mana butiran seperti kenderaan yang dibeli ataupun ditanya juga diperlihatkan.

95 peratus daripada butiran yang tertiris juga termasuklah nombor lesen kenderaan mereka. Pihak Volkswagen juga mengatakan bahawa 90 ribu pelanggan Audi yang membeli kenderaan mereka didapati bahawa butiran pembelian dan pajakan mereka telah tertiris.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Untuk pelanggan-pelanggan ini, mereka akan diberi perlindungan kredit percuma oleh pihak Volkswagen bagi memastikan mereka tidak tertipu oleh penggodam yang akan cuba untuk mendapatkan wang ataupun pinjaman dengan nama mereka.

Volkswagen berkata terdapat kebarangkalian bahawa data ini telah digodam sejak Ogos 2019 sehinggalah bulan Mei tahun ini apabila pihak Audi-Volkswagen mendapat tahu mengenai kes penggodaman ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply