ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lelaki seret kucing mengaku tidak bersalah

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Teluk Intan hari ini atas dakwaan melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing dengan menyeret haiwan itu di atas jalan, awal bulan ini.

Menurut Utusan Online, tertuduh, Azizul Salahuddin, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Adilah Mokhtar.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didapati secara tidak munasabah menyebabkan penderitaan yang tidak perlu kepada haiwan iaitu dengan menyeret seekor kucing di atas jalan.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Attaduri, Langkap pada pukul 6.30 petang, 3 Jun lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang sabit kesalahan boleh didenda RM20,000 sehingga RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azimah Che Ismail, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), S. Kumaresan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 14 Julai ini untuk sebutan semula kes. Tertuduh membayar wang jaminan berkenaan.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Pada 5 Jun lalu, seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes penganiayaan terhadap seekor kucing di mana video dia menunggang motosikal sambil dilihat menyeret haiwan itu tular dalam media sosial.

Difahamkan, lelaki tersebut menangkap kucing itu menggunakan sauk untuk dibuang ke kedai berhampiran namun kaki depan haiwan itu telah terkeluar dari jaring sauk dan menyebabkan ia seolah-olah diseret di atas jalan.

Video tular berdurasi satu minit itu bukan sahaja mendapat kecaman warga maya yang tidak berpuas hati dengan tindakan kejam lelaki terbabit, malah perakam video yang dilihat tidak mengambil tindakan segera bagi menghentikan perbuatan suspek.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply