ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X70 Special Edition (SE) bakal dilancarkan – 2,000 unit sahaja!

Berita Tempatan

Views

Kami menerima beberapa info terbaharu mengenai Proton X70 Special Edition (SE) yang bakal dilancarkan dalam masa yang terdekat. Sebelum ini, kita sudah mengetahui beberapa info mengenai model edisi khas ini dalam artikel terdahulu.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

X70 SE juga mempunyai kembar yang kini sudah mula dibuka untuk tempahan di negara Brunei, iaitu X70 Exclusive Edition (EE). Model ini hanya ditawarkan sebanyak 37 unit sahaja di negara tersebut. Untuk pasaran Malaysia, sebanyak 2,000 unit X70 Special Edition akan dikeluarkan.

Berikut adalah info yang anda perlu tahu mengenai X70 Special Edition (SE):

  • Ditawarkan dalam dua pilihan warna eksklusif, iaitu Ocean Blue dan Ruby Red.
  • Model ini hanya ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu X70 Premium 2WD (tanpa bumbung suria)

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

  • Selain pilihan dua warna baharu, bumbung, spoiler belakang dan cermin sisinya dicat dengan warna hitam.
  • Rim aloi bersaiz 19-inci (sama seperti rekaan rim yang digunakan pada Geely Bo Yue PRO / Azkarra.
  • Lencana SE dilekatkan pada bahagian sisi dan belakang.
  • Kemasan dalaman upholsteri hitam pada tempat duduk, kemasan pintu dan tempat letak tangan.
  • Kemasan warna gelap pada konsol lantai.
  • Kemasan warna kelabu gelap pada papan pemuka.
  • Alas kaki dengan logo SE.

X70 SE tidak mengalami sebarang perubahan mekanikal dan masih mengekalkan enjin 1.8L TGDi yang menghasilkan 184 ps dan 300 Nm kilas yang digandingkan dengan transmisi 7-kelajuan DwiCekam (DCT) dengan mod manual.

KLIK UNTUK BESARKAN

X70 Exclusive Edition (EE) versi Brunei

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply