ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penggunaan T-Fork tanpa piawaian pada motosikal undang bahaya – MIROS

Berita Tempatan

Views

Penggunaan T-Fork atau komponen penyambung antara sepit udang dengan pemegang motosikal tidak asli dibuat daripada bahan tidak menepati piawaian asal, boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna kenderaan itu.

Menurut Berita Harian, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr Khairil Anwar Abu Kassim, berkata komponen T-Fork memerlukan ketahanan tinggi, tetapi kebanyakan alat ganti dijual di pasaran tidak mempunyai persijilan sah dan mungkin tidak menepati piawaian.

8 Kereta Sport Toyota Yang Power - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Katanya, nahas jalan raya membabitkan motosikal menjadi kes tertinggi di Malaysia berbanding kenderaan lain dan antara faktornya disebabkan pengubahsuaian tidak menepati piawaian asal kenderaan itu.

Tambah beliau, hasil analisis MIROS menunjukkan statistik kemalangan sendiri membabitkan motosikal sebanyak 25 peratus daripada jumlah keseluruhan kemalangan motosikal di Malaysia.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Kenyataan itu dikeluarkan susulan kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal wanita Jumaat lalu di Bera, Pahang dan siasatan awal polis mendapati nahas berlaku apabila komponen T-Fork ditukar kepada jenis aluminium patah secara tiba-tiba.

Khairil Anwar berkata, MIROS tidak menyokong aktiviti pengubahsuaian motosikal seperti menukar sepit udang, saiz tayar motosikal tidak sesuai, ekzos motosikal dan tidak memasang brek belakang motosikal.

Tambahnya lagi, sebarang pengubahsuaian bagi tujuan berlumba, perhiasan (penambahan aksesori) atau lain-lain tujuan melanggar undang-undang jalan raya di Malaysia dan penggunaan komponen motosikal tidak menepati piawaian boleh memudaratkan penunggang serta pengguna jalan raya lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply