ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ubah suai motosikal Yamaha Y15ZR jadi punca kemalangan maut

Berita Tempatan

Views

Laman Facebook rasmi Polis Pahang menerusi satu hantaran semalam memaklumkan, satu kes kemalangan maut telah berlaku di daerah Bera melibatkan sebuah sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR. Kemalangan di KM 42 Jalan Bera-Mayam itu telah mengakibatkan seorang ibu tunggal maut.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang (KJSPT Pahang), Supt. Kamarulzaman bin Haji Jusoh, siasatan awal mendapati mangsa telah menunggang dari arah Felda Purun menuju ke Simpang Bukit Kepayang Bera.

8 Kereta Sport Toyota Yang Power - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Apabila sampai di KM 42 Jalan Bera-Mayam, secara tiba-tiba t-fork hadapan motosikal itu patah menyebabkannya hilang kawalan lalu terbabas di bahu jalan. Penunggang motosikal yang mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan kepala, meninggal dunia di tempat kejadian.

Hasil siasatan awal mendapati, punca kemalangan adalah disebabkan pengubahsuaian kenderaan yang dilakukan terhadap motosikal mangsa di mana bahagian t-fork dan fork hadapan asal telah ditukarkan kepada alat ganti jenis aluminium yang mudah patah.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Tambahnya, siasatan lanjut masih lagi  diteruskan di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987. Dalam masa yang sama, Kamarulzaman menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan tindakan seumpama ini kerana ia merupakan kesalahan di bawah Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan iaitu, mengubah suai struktur kenderaan,  Rule 94 LN 170/1959.

Sekiranya didapati bersalah, mereka akan dikenakan tindakan kompaun tidak melebihi RM300.00. Tambah beliau lagi, ibu bapa juga haruslah memantau aktiviti anak-anak terutamanya golongan remaja agar tidak terjebak dengan aktiviti seperti ini, manakala pihak bengkel pula haruslah lebih bertanggungjawab dan bukannya hanya memikirkan keuntungan semata-mata.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply