ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suspek conteng tembok Istana dan tumbuk anggota polis, maut ketika cuba melarikan diri

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman yang dikesan menconteng tembok Istana Kedah di Alor Setar dan kemudiannya menumbuk muka seorang anggota polis wanita ditemui meninggal dunia selepas motosikal ditunggang terbabas ketika cuba melarikan diri dari polis.

Menurut FreeMalaysiaToday, lelaki berusia 35 tahun itu, yang namanya belum dapat dipastikan pada mulanya menconteng tembok Istana Anak Bukit dan menconteng bahagian tembok dengan perkataan ‘SAMR’ kira-kira jam 3 petang dan kemudian meninggalkan kawasan dengan menaiki motosikalnya.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Sumber polis berkata, lelaki berkenaan kemudian pergi ke ibu pejabat polis Kota Setar kira-kira jam 5 petang dan secara tidak sengaja menumbuk seorang anggota polis wanita berusia 30 tahun berhampiran balai pengawal dan kemudian melontar pistol palsu bersama sarung yang turut dirakam kamera litar tertutup.

Ketua Polis Kedah, Kamarul Zaman Mamat berkata, lelaki itu akhirnya ditemui di Gurun tetapi melarikan diri dengan motosikalnya. Katanya, polis terus mengejar dan memberi peringatan agar dia berhenti tetapi tidak diendahkan.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Tambah beliau, ketika cuba untuk melepaskan diri, lelaki tersebut kemudian mememcut motosikalnya dengan laju, lalu terbabas sehingga melanggar sebuah pembahagi jalan di Bedong. Bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia, ketika pasukan paramedik tiba.

Kamarul berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat, Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana mencederakan penjawat awam dan Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 memiliki senjata tiruan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply