ARKIB

KATEGORI

Buletin

Peningkatan kuasa membeli dorong kenaikan jualan Toyota pada bulan April 2021

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mengunjurkan angka jualan positif bagi bulan April 2021 dengan jualan keseluruhan sebanyak 9,280 unit kenderaan Toyota dan Lexus. Ini dipacu oleh peningkatan kuasa membeli pelanggan termasuk penjimatan daripada pengecualian SST yang akan berakhir 30 Jun nanti.

Prestasi jualan bulan April didorong juga oleh pengenalan model baru Corolla Cross dan Harrier yang telah dilancarkan baru-baru ini. UMWT juga berterima kasih terhadap usaha kerajaan dalam mengembangkan lagi industri automotif di Malaysia dalam keadaan negara sedang berdepan dengan situasi pandemik ketika ini.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Menurut Timbalan Pengerusi UMWT, Akio Takeyama, penularan wabak COVID-19 telah memberi kesan besar dan menjadikan keadaan sangat mencabar bagi pengeluar kenderaan dan pelanggan. Tetapi dengan langkah yang diambil oleh kerajaan, ia telah berhasil untuk mengembalikan kekuatan kuasa membeli pelanggan.

Presiden UMWT, Ravindran K. pula menekankan bahawa komitmen berterusan syarikat untuk memperluas serta meningkatkan lagi rangkaian jualan dan selepas jualan akan melibatkan pengenalan lebih banyak tawaran inovatif dan menarik sebagai tarikan kepada pelanggan.

Sejajar dengan ini, UMWT turut mengumumkan pembukaan pusat 2S (Jualan dan Servis) di Cheras (PDC Automobile), serta pembukaan dua lagi pusat 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) April lalu oleh Mutiara Motorsport di Johor Bahru dan HLT Temerloh di Kemaman, Terengganu.

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

Sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, UMWT menawarkan promosi Ganjaran Tak Terhingga yang membolehkan pelanggan terus menikmati penjimatan SST bagi kedua-dua model kenderaan pemasangan tempatan atau diimport sehingga 30 Jun ini.

Sebagai tambahan, pelanggan juga berpeluang menikmati penjimatan tambahan dengan Toyota Service Savers dengan kos selenggara yang rendah. Pembeli kereta bahru juga akan dapat memanfaatkan bayaran ansuran lebih rendah (bergantung model) melalui skim pembiayaan EZ Beli oleh UMWT.

Jangan lupa untuk menonton iklan Hari Raya UMWT dengan judul “Umi Pembaris” yang akan menemui penonton minggu ini. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply