ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Berita Automotif

INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Foto Intip

Views

Ini foto intip terbaharu Proton Iriz MC3 crossover yang kami perolehi dari rakan pembaca, Nazir Hakim sebentar tadi. Kelibat unit ujian Iriz MC3 crossover dan Persona MC2 berjaya dikesan di ruang parkir Villea Hotel, Rompin petang tadi.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Pada asalnya kedua-dua unit dilitupi dengan kain hitam, namun dia bernasib baik kerana kain penutup Iriz MC3 crossover berwarna jingga ini terbuka sendiri disebabkan angin kuat. Dia berjaya melihat imbasan ruang dalaman model ini dari jarak dekat dan namun agak malang papan pemukanya telah dilitup dengan kain hitam.

Katanya, Iriz MC3 crossover ini menggunakan tali pinggang keledar berwarna merah dan kemasan konsol tengah di bahagian tul brek tangan dwitona kombinasi hitam dan merah. Jika diperhatikan, kelihatan juga kemasan jahitan benang merah pada panel bahagian dalam.

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut

Memandangkan ada beberapa individu yang sedang memerhatikan gerak-gerinya, dia hanya sempat merakam foto ruang kabin model ini dalam keadaan tergesa-gesa kerana bimbang ditegur oleh mereka. Kami difahamkan ketika ini model Iriz MC3 dan Persona MC2 berada pada peringkat akhir sebelum pengeluaran massa bermula tidak lama lagi.

Nantikan info terkini dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “[email protected]” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply