ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penunggang motosikal maut langgar bonggol jalan

Berita Tempatan

Views

Seorang penunggang motosikal sedang menuju ke tempat kerja maut selepas dipercayai terbabas di simpang Antara Gapi, dekat Hulu Selangor, semalam.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, mangsa lelaki berusia 20 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, polis menerima laporan kejadian itu pada jam 8.10 malam. Siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa dari rumahnya di Antara Gapi menghala ke tempat kerja di sebuah kilang pembuatan produk automotif, juga di Antara Gapi.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Setibanya di lokasi, motosikal Honda Dash ditunggang mangsa hilang kawalan ketika melalui bonggol jalan menyebabkan mangsa terjatuh.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply