ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perancah besi lebuh raya runtuh, dua pekerja warga Bangladesh cedera

Berita Tempatan

Views

Dua pekerja warga asing cedera selepas perancah besi yang digunakan dalam pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) runtuh petang tadi. Menurut Berita Harian, kedua-dua mangsa berusia dalam lingkungan 20-an dan 40-an cedera selepas terkena serpihan batu konkrit dan kerangka besi.

Pemaju DASH, Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Berhad berkata, kemalangan tidak membabitkan orang awam atau pengguna lebuh raya kerana kejadian berlaku dalam kawasan pembinaan bertutup.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata kejadian itu berlaku sekitar pada jam 7.10 malam, sebelum pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 7.13 malam.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum tiba di lokasi jam 7.27 malam.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Setibanya di lokasi pasukan bomba memberi rawatan awal kepada mangsa dan mereka berada dalam keadaan selamat dan hanya mengalami cedera ringan. Norazam berkata, kedua-dua mangsa warga Bangladesh itu sedang bekerja di bawah tapak pembinaan setinggi 12 meter itu.

Semua mangsa berusia dalam lingkungan 20 hingga 40-an itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh menaiki ambulans,” katanya. Norazam memaklumkan tiada mangsa lain terbabit dalam insiden itu dan operasi tamat pada jam 7.34 malam.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply