ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis tahan pemandu lori rempuh Proton Persona

Berita Tempatan

Views

Polis menahan pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan menyebabkan seorang wanita maut di Jalan Chemor–Jelapang pagi tadi. Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pemandu berusia 44 tahun itu ditahan dan akan direman untuk siasatan lanjut.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Katanya, siasatan mendapati lori memasuki ke laluan kenderaan lain dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Yahaya berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 10.40 pagi berhubung kemalangan itu.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Jelas beliau, lori tersebut datang dari arah Jalan Lebuhraya Ipoh-Lumut menghala ke Sungai Siput dan apabila tiba di persimpangan lampu isyarat Jalan Jelapang pemandu hilang kawalan sebelum masuk ke laluan kenderaan mangsa yang pada ketika itu berada di arah Jalan Chemor ke Jelapang.

Mangsa wanita berusia 26 tahun mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian, sementara pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan. Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan akan dibedah siasat pada jam 9 pagi esok.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply