ARKIB

KATEGORI

Tular

Perbuatan pemandu bas persiaran merokok sambil isi minyak dilapor kepada KPDN

Tular

Views

Tindakan seorang pemandu bas persiaran yang dilihat mengisi minyak sambil merokok di sebuah stesen minyak dalam sebuah video tular sudah diadukan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Ketua Polis Muallim, Mohd Hasni Mohd Nasir dalam satu kenyataan berkata semakan mendapati insiden itu berlaku di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di Behrang pada Ahad lalu.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pemilik stesen minyak telah membuat aduan terus kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang bertanggungjawab bagi mengambil tindakan atas perbuatan yang dilakukan oleh pengguna tersebut.

Beliau berkata, kesalahan yang dilakukan pemandu bas itu boleh diambil tindakan mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 yang memperuntuk hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM10,000 jika sabit kesalahan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Beliau juga menasihati orang ramai supaya tidak merokok di kawasan larangan terutama stesen minyak yang boleh menyebabkan kecederaan, bencana dan membahayakan nyawa orang ramai.

Terdahulu, tular video berdurasi 57 saat memaparkan lelaki menghisap rokok sambil mengisi minyak dan rata-rata warganet meninggalkan komen negatif kerana bimbang berlaku perkara tidak diingini akibat perlakuan itu. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply