ARKIB

KATEGORI

BuletinSukan Permotoran

JDT Racing Team perkenal pasukan dan liveri jentera lumba Ducati Panigale V4R

Sukan Permotoran

Views

Akaun Facebook rasmi JDT Racing Team menerusi hantarannya terbaharunya memperkenalkan pasukan dan liveri JDT Racing Team yang akan mengambil bahagian dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024 kategori ASB1000 bermula pertengahan bulan ini.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pasukan JDT Racing Team akan menggunakan jentera Ducati Panigale V4R dan diterajui oleh pelumba tempatan yang juga bekas pelumba MotoGP, Hafiz Syahrin Abdullah sudah mula menjalani ujian pramusim di Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada penghujung Februari.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Motosikal Hafizh akan diselia oleh dua mekanik yang didatangkan khas dari Ducati Racing Team iaitu ketua krew, Loris Caroli dan mekanik, Edoardo Ardemagni yang berpengalaman luas dalam sukan permotoran dua roda.

JDT Racing Team bakal memulakan saingan ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Chang di Buriram, Thailand pada 15 hingga 17 Mac sebelum mengakhiri sirkit enam perlumbaan di litar yang sama pada 6 hingga 8 Disember 2024.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JDT Racing Team

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply