ARKIB

KATEGORI

Info

Percaya atau tidak, kereta Fiat pernah diuji di atas bumbung kilang suatu ketika dahulu?

Info

Views

Tahukah anda, ada sebuah litar ujian pernah dibina di atas bumbung kilang Fiat, terletak di bandar Turin, Utara Itali. Kisahnya begini, semasa CEO Fiat pada ketika itu, Giovanni Agnelli melawat kilang Ford di Detroit, beliau membuat keputusan untuk mengembangkan barisan pengeluaran dengan menggunakan teknologi pengeluaran terkini di bangunan serba canggih dan unik dari perspektif seni bina.

Menurut Rare Historical Photos, kilang Lingotto yang dibina antara tahun 1916 dan 1923, merupakan cetusan ilham jurutera Itali bernama Giacomo Mattè-Trucco dan merupakan salah satu bangunan pertama bersaiz besar yang bergantung sepenuhnya pada konkrit bertetulang.

Kilang lima tingkat ini berukuran 507 meter panjang dengan 24 meter lebar. Setiap aras dikhaskan untuk peringkat pembinaan khas dan dengan barisan pemasangan, yang membolehkan pekerja kekal di stesen kerja mereka, sekaligus mengurangkan masa pemasangan.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Apa yang menarik, kilang ini lebih dikenali kerana litar ujian yang berada di bahagian bumbungnya. Litar ini mempunyai laluan lurus sepanjang 443 meter yang disambungkan dengan selekoh parabola, membentuk sambungan berterusan untuk menguji kereta.

Sebaik sahaja kereta siap dipasang, ia akan bergerak terus ke litar ujian melalui tanjakan berbentuk siput. Tanjakan berputar di dalam kilang ini pula membolehkan kereta-kereta itu dipandu turun semula dan menjuju ke bilik pameran.

Kilang ini telah dirasmikan pada 1926 oleh Raja Vittorio Emanuele III dan pada ketika itu pengeluaran telah pun bermula dan bangunan pejabat telah siap dibina. Pada ketika itu, Lingotto merupakan kilang tercanggih di Eropah yang mempunyai kira-kira 12,000 pekerja kolar biru dan 500 pekerja kolar putih yang bekerja dalam tiga syif.

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

Menjelang akhir 1970-an, kilang itu semakin usang dan operasinya ditamatkan pada tahun 1982. Sepanjang hampir 60 tahun, kilang ini telah menghasilkan sebanyak 80 model kereta dan 35 jenis enjin yang berbeza, termasuk kenderaan komersial, komponen dan kelengkapan rumah.

Penutupan kilang itu menyebabkan banyak perdebatan awam mengenai masa depannya. Satu pertandingan seni bina telah dianjurkan dan telah dimenangi oleh Renzo Piano. Kilang lama itu telah dibina semula menjadi kompleks moden yang lengkap dengan dewan konsert, teater, pusat konvensyen, pusat membeli-belah, dan hotel.

Bahagian timur bangunan itu pula dijadikan ibu pejabat fakulti Kejuruteraan Automotif Universiti Politeknik Turin. Litar di atas bumbungnya turut dikekalkan dan masih boleh dikunjungi sehingga kini. Selain itu, bangunan ikonik ini turut menjadi lokkasi penggambaran filem, antaranya The Italian Job, yang dibintangi oleh Sir Michael Caine.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply