ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pra-tempahan Honda HR-V Sport Hybrid i-DCD dibuka, harga RM113,954

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini secara rasminya mengumumkan harga bagi model HR-V Sport Hybrid i-DCD yang dipertingkatkan pada RM113,954.82. Dari luaran, model ini didatangkan dengan lampu depan LED, lampu pandu belakang LED dan lampu kabus depan LED.

Selain itu, ia turut mendapat kemasan krom pada pemegang pintu, manakala di bahagian dalam ia kini dilengkapi dengan paparan audio bersaiz 7-inci yang serasi dengan Apple CarPlay dan Android Auto, bersama dua port USB.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Bagi menambahkan lagi pengalaman pemanduan yang sporty, ia turut dilengkapi dengan stereng tiga jejari yang dibaluti kulit. HR-V kali pertama diperkenalkan di pasaran Malaysia pada 2015 dan setakat ini lebih 103,000 unit telah berada di jalan raya.

Model faceliftnya telah diperkenalkan pada 2019 dan telah menyumbang sebanyak 18 peratus daripada jumlah jualan Honda Malaysia serta menjadi model kedua terlaris Honda dari Januari hingga Julai 2021. Ia terus menerajui segmen SUV Kompak Bukan-Nasional dengan 71 peratus pegangan pasaran setakat Jun 2021.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata, berdasarkan maklum balas pasaran dan permintaan, mereka telah membuat peningkatan luaran pada varian hibrid ini dan yakin ia bakal menjadi pilihan pembeli.

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

HR-V Sport Hybrid i-DCD dilengkapi dengan enjin 1.5L DOHC i-VTEC dengan Pancitan Terus yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan Dwi-Cekam dan Motor Daya Tinggi Bersepadu. Ia dibantu oleh bateri Lithium-Ion berkuasa tinggi yang mampu menjana output yang setanding dengan prestasi enjin 2.0L.

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan enam beg udara, Isyarat Henti Kecemasan (ESS), Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan cagak ISOFIX di tempat duduk belakang. Versi yang dipertingkatkan ini ditawarkan dengan warna Platinum White Pearl selain Lunar Silver Metallic dan Modern Steel Metallic.

Untuk membuat pra-tempahan, pelanggan boleh log masuk ke prebook.honda.com.my atau memuat turun aplikasi HondaTouch menerusi peranti pintar. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas Honda di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply