ARKIB

KATEGORI

Buletin

Yara Birkeland – Kapal kargo elektrik autonomi pertama di dunia mula berlayar hujung tahun ini

Berita Global

Views

Yara Birkeland merupakan sebuah kapal kargo elektrik autonomi (tanpa kelasi atau tanpa kru) pertama di dunia bakal membuat pelayaran automatik menjelang hujung tahun ini.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Menurut potal Wiser.my, pelayaran dari Herøya ke Brevik, Norway ini dilakukan tanpa sebarang kelasi kapal tetapi ia dipantau dari tiga pusat kawalan data di darat.

Kapal kargo ini mempunyai kelajuan 13-knot berbanding kapal kargo biasa (16-25-knot) dan ia dilengkapi bateri sebesar 7MWh. Sepatutnya kapal ini memulakan pelayaran tahun lalu tetapi disebabkan pandemik, ia ditangguhkan.

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

Buat makluman, konsep kapal Yara mula wujud pada tahun 2017 yang mana ia mampu membawa 103 kontena. Selain mengurangkan kos operasi, ia bakal menggantikan 40,000  buah lori yang membawa kontena setiap tahun, secara tidak langsung dapat mengurangkan pelepasan karbon dikosida dan nitrogen oksida.

Di samping itu, kapal tersebut itu turut membantu mengurangkan bilangan lori di jalan raya, sekaligus mengelakkan kesesakan lalu lintas. Bukan itu sahaja, risiko kemalangan kru kapal sewaktu berlayar juga boleh dielakkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply