ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua alu-alukan inisiatif Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia

Berita Tempatan

Views

Perodua mengalu-alukan inisiatif Baucar Diskaun Automotif oleh kerajaan, yang merupakan sebahagian daripada program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang telah diumumkan baru-baru ini dan menerima baucar tersebut sebagai satu bentuk pembayaran.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, pihaknya berterima kasih kepada pihak kerajaan atas keprihatinan dalam membantu mangsa banjir dan Perodua mengalu-alukan inisiatif baharu ini kerana ia mengukuhkan lagi usaha mereka untuk membantu rakyat Malaysia.

Pada 7 Januari 2022, Kementerian Kewangan telah mengumumkan inisiatif baucar bernilai RM1,000 untuk membantu rakyat Malaysia terutama sekali pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan akibat banjir.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Baucar diskaun automotif boleh digunakan untuk membuat tuntutan terhadap pembaikan atau penggantian kenderaan persendirian yang rosak akibat banjir.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, tarikh akhir tuntutan baucar itu ialah pada 31 Mac 2022, dan pemilik kenderaan boleh menebus segera baucar di pusat-pusat servis sah bagi syarikat-syarikat automotif yang mengambil bahagian di seluruh negara.

Potongan terus akan dibuat daripada jumlah kos keseluruhan pembaikan atau kos penggantian kenderaan baharu melalui invois yang akan dikeluarkan oleh pusat servis dan pengedar sah.

Beliau berkata, usaha seumpama ini dapat dilihat melalui Program Bantuan Banjir Perodua yang dilancarkan pada 19 Disember 2021 untuk membantu pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan akibat banjir baru-baru ini.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Tambah beliau, sehingga 10 Januari 2022, sebanyak 1,987 kenderaan Perodua telah ditunda ke 200 pusat servis Perodua yang terletak di seluruh Malaysia untuk penilaian dan setakat ini 323 unit telah dibaikpulih.

Malah, Perodua telah menyediakan hab pembaikan banjir di Shah Alam untuk membaiki dan memulihkan kenderaan Perodua yang mengalami kerosakan akibat banjir.

Program Bantuan Banjir Perodua merangkumi diskaun 50 peratus untuk alat ganti standard, upah kerja percuma untuk semua penggantian dan pembaikan serta perkhidmatan tunda percuma melalui nombor Perodua Auto Assist (24 jam) di talian 1800-88-5555 Perodua (tertakluk kepada terma dan syarat).

Pelanggan Perodua juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Perodua di talian 1800-88-6600 untuk sebarang pertanyaan am.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply