ARKIB

KATEGORI

Buletin

Siri Perlumbaan Maya Michelin 2021 dilancarkan – Hadiah bernilai RM70K ditawarkan!

Sukan Permotoran

Views

Michelin Malaysia buat julung kalinya telah melancarkan Siri Perlumbaan Maya Michelin 2021 yang bakal berlangsung pada bulan Jun hingga Julai. Mereka yang berminat boleh mendaftar sehingga 27 Jun dengan menghantar catatan ujian masa yang dibuat.

94 peserta terbaik dengan catatan masa terpantas akan melalui Sesi Pengesahan, dan kemudian menyertai perlumbaan dalam Pusingan Kejohanan, dimana mereka berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik bernilai RM70,000, termasuk ganjaran berupa tayar kereta penumpang dan barangan eksklusif Michelin.

Siri perlumbaan ini merupakan langkah pertama Michelin dalam industri e-sukan tempatan, mencerminkan hala tuju baharu jenama ini dalam menjulang keinklusifan mobiliti – “Motion for Life”. Acara ini akan berlangsung secara eksklusif di Gran Turismo Sport, dan merupakan acara e-Perlumbaan rasmi yang disokong oleh Persatuan Permotoran Malaysia (MAM).

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Menurut Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura dan Brunei, En. Oliver Biggart, pihaknya amat berbangga untuk menganjurkan siri perlumbaan ini yang pertama seumpanya di Malaysia. Beliau turut menyeru rakyat Malaysia untuk menyertai pertandingan ini sambil duduk di rumah.

Sebagai rakan penaung rasmi bagi pertandingan seperti Gran Turismo Championships (Berpiawaian FIA), MotoGP™ eSport Championship dan Le Mans 24 Hours Virtual pada tahun lalu. Siri Perlumbaan Maya Michelin 2021 akan berlangsung dalam tiga fasa sepanjang tempoh enam minggu yang akan datang.

Berikut adalah jadual pertandingan:

Peringkat PertandinganTarikhWaktu
Penyertaan Ujian Masa7 – 27 Jun 2021Sehingga 11:59 malam, 27 Jun 2021
Sesi Pengesahan30 Jun – 6 Julai 2021Para peserta akan dihubungi untuk slot masa mereka
Pusingan Kejohanan
Pusingan 1 (Advanced)10 Julai 202110:00 pagi – 1:00 petang
Pusingan 1 (Expert)2:30 petang – 5:00 petang
Pusingan 2 (Advanced)11 Julai 202110:00 pagi – 1:00 petang
Pusingan 2 (Expert)2:30 petang – 5:00 petang
Pusingan 3 (Advanced)17 Julai 202110:00 pagi – 1:00 petang
Pusingan 3 (Expert)2:30 petang – 5:00 petang
Pusingan Separuh Akhir18 Julai 202110:00 pagi – 1:00 petang
Pusingan Akhir3:00 petang – 5:00 petang

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Berikut adalah hadiah-hadiah menarik yang bakal menanti para pemenang:

KategoriHadiah
Kategori ‘Expert’ dan ‘Advanced’:

Tempat ke-1 hingga ke-3

Satu set tayar kereta penumpang Michelin

DAN

‘Michelin Office Racing Chair’

DAN

Hadiah Tunai:

Tempat ke-1 – RM 3,000

Tempat ke-2 – RM 1,500

Tempat ke-3 – RM 500

Kategori ‘Expert’ dan ‘Advanced’:

Tempat ke-4 hingga ke-12

Satu set tayar kereta penumpang Michelin (bersaiz sehingga 16 inci)
Kategori 24 Terbaik ‘Expert’ dan ‘Advanced’Satu set lengkap barangan eksklusif Michelin
‘Best Livery Challenge’Satu set tayar kereta penumpang Michelin (bersaiz sehingga 16 inci)

DAN

Barangan Michelin

1,000 pendaftaran pertama yang berjayaSeunit barang eksklusif Michelin

Peringkat Pusingan Kejohanan akan disiarkan secara langsung dan warga umum boleh menonton aksi perlumbaan menerusi penstriman langsung di laman Facebook rasmi Michelin Malaysia. Untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai siri perlumbaan ini, layari http://vracingseries2021.michelin.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply