ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo Car Malaysia perluaskan program kereta terpakai menerusi platform dalam talian

Berita Tempatan

Views

lvo Car Malaysia telah mengadakan kerjasama dengan iCar Asia untuk menyenaraikan semua model terpakai yang ada dari wakil jualan sah Volvo terlibat melalui platform kereta terpakai yang tersenarai dalam talian, Carlist.my.

Menurut Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump, dengan membeli Volvo di bawah program Volvo SELEKT, pelanggan bukan hanya memiliki pengalaman membeli kereta berkualiti dengan harga yang berpatutan tetapi turut menerima banyak kelebihan dengan servis yang kualitinya dijamin.

Semua kereta Volvo SELEKT telah menjalani pemeriksaan yang diluluskan oleh Volvo bagi memastikan semua kenderaan memenuhi piawaian keselamatan, prestasi dan penampilan. Proses pemeriksaan dan pemilihan ini hanya dapat dilakukan oleh pengedar Volvo Car yang sah.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Oleh itu, setiap pengedar mempunyai kriteria yang sama untuk semua kereta terpakai dan melaksanakan rangkaian pemeriksaan serta kemas kini untuk memastikan bahawa semua kereta terpakai berkualiti Volvo dijaga bersesuaian dengan standard Volvo.

Selain itu, pemilik kenderaan Volvo SELEKT baharu akan menerima jaminan 12 bulan percuma dan pakej perkhidmatan penyelenggaraan 1 tahun (VSA 1), sebagai permulaan.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai program dan tawaran ini, sila kunjungi Volvo Car Malaysia Used Car Locator di https://selekt.volvocars.com.my.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Volvo Car Malaysia kini sedang memperluaskan program kereta terpakai, Volvo SELEKT, kepada lebih ramai rakyat Malaysia melalui wakil jualan sah Western Circle (PG) Sdn. Bhd. di Pulau Pinang yang turut tersenarai dalam Carlist.my.

Volvo SELEKT dilancarkan pada tahun 2020 untuk menawarkan kereta Volvo terpakai yang berkualiti kepada pelanggan serta perkhidmatan cemerlang tanpa kompromi. Ditawarkan sebelum ini secara eksklusif di Sisma Auto Glenmarie, Western Circle akan menjadi pengedar Volvo yang kedua dibenarkan untuk menempatkan kereta SELEKT.

Terletak di lokasi strategik di Juru, Western Circle menawarkan perkhidmatan kepada para pelanggan di wilayah Utara dengan standard penjagaan terbaik dan mesra pelanggan, sepertimana ditetapkan oleh Volvo Cars.

Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan kereta Volvo, sama ada di Volvo SELEKT atau kereta terpakai berkualiti Volvo dari kediaman masing-masing melalui platform dalam talian, Volvo Used Car Locator.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply