ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua optimis capai sasaran jualan 202K untuk tahun 2017

Views

Untuk 9 bulan pertama yang berakhir pada 30 September 2017, Perodua telah berjaya merekodkan jualan sebanyak 151,600 unit kenderaan, meningkat 0.5 peratus berbanding 150,600 unit dalam tempoh sama tahun lalu.  Untuk suku ketiga 2017, jualan Perodua seikit perlahan hampir 3 peratus kepada 51,900 unit berbanding 53,500 unit dalam tempoh sama tahun 2016. Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Perodua, (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Angka jualan terbesar pada suku ketiga 2016 turut disumbangkan oleh pengenalan model sedan pertama mereka, Bezza. Impak ini telah kembali normal apabila jualan syarikat mendapat manfaat dari pengenalan model baharu. Tambah Datuk (Dr) Aminar lagi, antara cabaran getir untuk suku ke-empat 2017 adalah kelulusan pinjaman sewa beli dan saingan yang dijangka sengit dari pengeluar automotif yang lain. Selain itu, kesemua model Perodua turut berjaya mencatatkan jualan tertinggi dalam kategori masing-masing.

Sejak Januari hingga September tahun ini, Axia merupakan kereta kompak segmen-A paling laris dengan jualan sebanyak 48,700 unit, diikuti oleh Myvi yang menjadi model hatchback segmen-B terlaris dengan jualan 42,000 unit. Bezza pula menjadi model sedan kompak segmen-A paling laris dengan angka jualan sebanyak 39,800 unit dan Alza masih mengekalkan takhta sebagai MPV paling laris dengan jualan 21,400 unit. Prestasi khidmat selepas jualan Perodua turut mencatat kenaikan sebanyak 4.6 peratus kepada 1.58 juta kemasukan pada 9 bulan pertama berakhir 30 September 2017 berbanding 1.51 juta kemasukan pada tempoh yang sama tahun lalu.

KLIK UNTUK BESARKAN

   

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply