ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua perkenal varian Myvi XT

Views

10255406_10152375013252068_826602506_n

Model kereta paling popular di Malaysia, Perodua Myvi hari ini mempunyai satu lagi varian baharu yang dikenali sebagai XT (Extra). Walau bagaimanapun, Myvi XT masih mengekalkan enjin 1.3 liter DOHC 16V (DVVT) yang dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan dan automatik empat kelajuan. Model ini akan menggantikan varian Myvi standard dengan pertambahan aksesori bernilai RM1,600.

Yang membezakan Myvi XT dari segi luaran adalah jeriji hadapan krom, rim aloi bersaiz 14 inci dan yang menarik adalah pengenalan warna Lime Green selain warna sedia ada Ivory White, Glittering Silver, Mystical Purple dan Dazzling Red. Bahagian dalaman pula dilengkapi sistem audio dengan sambungan USB dan Bluetooth dan corak fabrik tempat duduk baharu yang lebih menarik.

Dari segi keselamatan, Myvi XT mempunyai dua beg udara berkembar SRS dan menerima penarafan tiga bintang dari ASEAN NCAP. Harga atas jalan untuk model ini ialah RM41,936.45 (solid) dan RM42, 436.45 (metalik) bagi varian manual, manakala automatik pula berharga RM44, 936.45 (solid) dan RM45, 436.45 (metalik).

10157023_10152375022097068_1511875600_n

Selain itu Perodua turut memperkenalkan Myvi 1.5 Extreme yang dipertingkatkan. Untuk Myvi Extreme antara yang telah dipertingkatkan ialah lapisan filem keselamatan bagi cermin kenderaan, karpet PVC, sistem multimedia dengan pencahayaan berwarna merah dan rekaan tempat duduk kulit baharu yang nampak lebih sporty. Walaupun pada zahirnya nampak seolah-olah tiada perubahan, namun nilai tambah sebanyak RM1,000 telah diberikan untuk model ini.

Masih mengekalkan enjin 1.5 liter DVVT, DOHC bersama EPI, ia hanya ditawarkan untuk transmisi automatik empat kelajuan sahaja. Untuk pengetahuan, pengeluaran varian manual Myvi Extreme telah pun dihentikan. Myvi Extreme dijual pada harga atas jalan RM61,240.50. Jaminan tiga tahun atau 100,000km (yang mana terlebih dahulu) dengan pilihan jaminan lanjutan selama dua tahun atau 50,000km (yang mana terlebih dahulu) turut ditawarkan untuk pembelian Myvi XT atau Myvi Extreme.

* Foto daripada sahabat kita Alsaddam Suhaimi

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

18 Comments


  • Harga sebuah myVi hampir boleh beli sebuah Proton Exora.. mahal siottt Japan ni tapau untung.. touch-up kosmetik sana sini.. hage kasi potong telinga.. tu pun ramai yg sanggup beli.. moral nya.. ialah RUPA PARAS.. ingat tu PROTON.. wpun murah org Malaysia tk pandang.. heheh


  • Walaupon saya bukan peminat Perodua. Tapi saya sangat setuju pendekatan Pamasaran Perodua. Mereka suka pelbagaikan Varian. Satuy model tu diorang boleh buat mcm2 variasi. Tahniah. Sama juga dengan Toyota Vios dengan pelbagai variasi. Mana tak depa kat luar tu kelabu mata. Sbb diorang menawarkan pelbagai Variasi yg mana Proton tak dapat tawarkan.

    Proton seharusnya mencontohi pemasaran bagini. Contohnya Preve, setakat ini varian yg terkini Preve LE sahaja.. pastu senyap je. Boring siot. Tak agresif langsung. Tak tahu apa nak jadi ngan proton ni.

    Takan Proton nak harapkan kontrak dan tempahan dari agensi kerajaan je. Kemon la PROTON berapa lama lagi Peminat Proton nak tunggu sesuatu BOOM dari Proton. Tolong la ubah cara Pemasaran yg Ortodok.

    Sori la masukkan cerita Proton sekali dalam Post MyVi ni..Hehe


    • bila kurang varian, orang bising. bila terlebih varian pun bising juga.
      agak sukar untuk memuaskan kehendak orang ramai.
      maklumlah setiap orang bernafsu tinggi..hehe

      tapi bagus juga, pilihan banyak bergantung duit masing²..tepuk dada (pilihan), tanya poket (kemampuan)..hehe


    • Mmm… model hatchback super mini compact hanya perodua yg monopoli la nie. Xde banyak saingan. Citarasa pasaran kereta m’sia segment nie mmg paling tinggi. Mmg beruntung la perodua. Letak la apa jenis varian pun;) Cuma bila ada bertemu buku n ruas, baru ar terpaksa tukar model baru utk compete dgn pesaing.

      Cheers!


  • Seingat saya kalau Proton buat banyak Varian untuk satu model mesti kena bash punya

    contoh : Saga Fl pastu Flx pastu SV..ada je yg tak kena..
    tak idea lah ..takat tukar lampu lah..

    Ini lah yang dikatakan bila persepsi negatif dah melekat kat proton buat apa pun kena hentam..

    Kalau Perodua tukar cat pun dapat perhargaan kat marketing..hulaweh!!!


  • aku pun bukan peminat perodua..sbb segment yang perodua jual bukan dalam keperluan aku. Cuma aku akui lah dari finishing kekemasan kereta myvi ni lebih baik berbanding saga FLX seperti meter panel, dashboard, kemasan pintu dan warna interior.

    Harap proton belajar sesuatu berkaitan ni.

    sekadar pandangan mata ku.


    • Yang ini daru dulu aku dh ckp dan sgt SETUJU! Proton sampai skrg cmm xkena je bab finishing.. mcm ade bahan yg cukup jer.. tgk sekali pandang pun boleh beza finishing myVy dgn low quality SAGA.

      Syg..SAGA adalah re come back lagenda Proton Saga.. so buatlah varian SV dan Premium. Ini sama je.. boring.. dh le enjin mengaum.. bising fan.. IAFM.. Proton buat mcm xnak xnak je.. pd model penting ini.. Proton plg kedekut bab finishing. dia paksa pembeli terima je la ala kadar..pejam je mata jgn komplen banyak.. plastic moulding.. Proton.. dua kali buka-pasang..conform patah lah pin..


  • Bila aku baca komen korang dalam mood happy memang tergelak aku. Terbaik la. Seronok komen korang ni. 😀

    Nasib kau la Proton. Dah berbuih da Peminat Proton tegur. ;D


  • Cuma nak komen sikit kenapa bab keselamatan asas kereta mesia ni bila nak turunkan harga semua hilang.Buang ABS, EBD,BA dll macam nyawa dan keselamatan tiada nilai? Sepatutnya semakin maju semakin selamat diatas jalanraya bukan kosong macam UMW keluarkan toyota camry 2012 dulu ‘low specs”. Bukankah dulu bos perodua komen kereta dulu2 tak selamat suruh lupuskan, sekarang dia masih keluarkan kereta dgn spek 3 bintang? Nanti 5~10 tahun lagi katalah kereta tu tak selamat. Apalah punya bingai CEO ni? Bila tak boleh jual kereta dgn banyak sebab pasaran dak hampir tepu paksa pula lupuskan kereta.

    Carilah pasaran kereta luar kalau syarikat kau kata bagus sangat kereta kau? Hakikatnya kereta perodua kurang selamat tetapi apa pilihan rakyat berbanding proton yg kurang kualiti dan mencekik minyak.

    Kereta mesia ni kurang selamat,kualiti kurang, minyak kuat dan harga tak berbaloi???

Leave a Reply