ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua serah 14,160 unit pada bulan September, meningkat 102 peratus

Berita Tempatan

Views

Untuk tiga bulan berturut-turut, penghantaran kenderaan Perodua terus ditambah baik sebanyak 102 peratus kepada 14,160 unit pada bulan September berbanding hanya 6,988 unit pada bulan Ogos.

Ujar Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, pihaknya akan terus berusaha bersama-sama para pembekal dan pengedar untuk meningkatkan keselamatan dan produktiviti.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Beliau menjelaskan bahawa pertumbuhan secara beransur-ansur dalam pengeluaran dan jualan disertakan dengan langkah-langkah pengawasan kualiti yang ketat di dalam operasi Perodua, adalah untuk memastikan kepuasan para pelanggannya.

Tambah beliau, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan yang terus bersabar kerana mereka kini sedang meningkatkan pengeluaran.

Setakat tahun ini, Perodua menjual 119,093 unit kenderaan antara Januari dan September 2021 berbanding 145,012 unit pada tempoh yang sama tahun 2020.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Jika dibandingkan antara suku kedua dengan suku ketiga tahun ini, angka jualan merosot sebanyak 44.6 peratus kepada 21,803 unit antara bulan Julai dan September berbanding 39,381 kenderaan yang didaftarkan antara April dan Jun tahun ini.

Ini berikuta sekatan pergerakan kedua di seluruh negara bermula pada 1 Jun 2021 dan berakhir secara berperingkat mulai 16 Ogos 2021. Tambah Datuk Zainal, suku keempat tahun 2021 memberikan ramalan yang lebih baik berbanding dua suku sebelumnya.

Katanya lagi, Perodua ingin mohon maaf di atas kesukaran yang dihadapi disebabkan oleh kelewatan penghantaran dan pihaknya akan membantu para pelanggan bagi memastikan kenderaan Perodua mereka dihantar secepat mungkin.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply