ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

Persona 2016 dikesan berhampiran Pusat Kecemerlangan Proton

Views

Jumaat lepas, Editor kami Shamsul Yunos terserempak dengan unit pandu uji Persona 2016 berhampiran dengan Pusat Kecemerlangan Proton. Video kelibat kereta tersebut yang masih lengkap dengan celoreng penyamaran sempat dirakam dengan durasi hampir seminit.

Proton telah mengumumkan bakal melancarkan tiga model baharu mereka secara berperingkat bermula dengan Persona 2016 yang dijangka pada pertengahan bulan ini, disusuli model Saga 2016 pada bulan September dan MPV segmen-B, Ertiga yang merupakan hasil pertama usahasama Proton bersama Suzuki.

Kami yakin anda memang tidak sabar menunggu kesemua model ini dilancarkan. Kami akan memberi informasi yang terkini jika mendapat maklumat dalam masa terdekat, tunggu!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

23 Comments


  • bulan lapang doh ni
    mulai hari ini semua rakyat Terengganu akan bergembira selama sebulan. Tanpa sebarang masalah yg menyesakkan fikiran dan menghimpit jiwa.
    Kerana mulai hari ini bermulanya bulan LAPANG.???


    • time will come, it has the beauty, if anyone know weather this new persona’s cvt has been torque converter-ed..? id be good if this model do have one, and i think if campro raise its compression ratio a bit maybe the engine would be more eager, campro engine now has 10 to 1,
      while other has move up to even 11.5 to 1 for crispier response.
      anyway campro is nearly EOL . we hope the next gen engine wont be a dissapointment.


  • Rindu management Proton zaman DSZ jadi CEO dulu. Bila ada kereta baru nak launch, Proton akan buat roadshow promote kereta baru letak dalam ‘kotak peek-a-boo’, satu langkah advertising yang menarik. Harap Proton boleh sambung balik tradisi ‘peek-a-boo’ ni. Baru lah boleh pancing pelanggan


    • mungkin ramai tak setuju dengan padangan ini, Preve adalah model yg gagal dan tak membantu melonjakkan jualan proton.. ianya berlaku ketika DSZ menjadi CEO Proton..

      walaupun tak dinafikan, DSZ berjaya melonjakkan jualan proton terutamanya dgn pengenalan model2 spt, Saga, Persona, Exora

      Cuma, sy yakin.. nasib Proton mungkin lebih baik jika dia kekal sbg CEO selepas diambil alih DRB, sbb pengurusan baru selepas itu terus melakukan kesilapan dgn pengenalan Suprima..


  • adakah kereta persona EEV? mazda , honda & p2 dah kuar kereta EEV status mampu milik , persona mampu kah dapat ikut atau masih tunngu enjin baru dua tahun lagi…..


  • aku mengharapkan bahagian marketing Proton lebih proaktif untuk bagi promo upcoming model dan brand awareness pada consumer.
    kalau bulan August nak launch Persona, sepatutnya sekarang ni satu Malaysia dah ada hint pasal ciri-ciri dan julat harga.


    • Mmm… tu la pasal. Bukan sekadar promo. Tapi kena ada team pemasaran kreatif sebelum produk baru launch. Kena la buat official teaser ker. Apa2 lah yg bleh mencetus minat, konfidensi dan keterujaan org ramai utk mengetahui n menunggu2 produk baharu. Masa zaman DSZ, depa buat pee ka boo. utk beberapa model kn? pastu depa ada buat mobile van dgn ‘kepala’ inspira tembus dinding, keliling satu m’sia. depa ada karnival alami proton, inisiatif DSZ respond rungutan pengguna by email, Declare warranty sepanjang hayat power window melalui kisah DSZ menjadi penumpang teksi proton dll lah. Iklan teaser kat youtube pun ok gak kn? Benda2 kreatif nie ada kalanya x perlu sgt guna belanja yg tinggi… sbb tu kena kreatif… yg penting benda tu dpt beri impak yg tinggi kpd golongan sasaran:)

      Cheers!


          • Mmm… dimaafkan. Cuma bagi sy org ygk suka gelar2 org lain utk tujuan menghina n melekeh2kan sebagai ‘sengal’ dan ‘kurang adab’. Sorry gak ye;P

            Cheers!


        • Mmm… baru first time masuk blog nie ye bang? Kalau rasa rusa masuk kampung, bagi ler salam dulu. Ekeke… Sy xde kena mengena dgn protn pun, sedara pun xde kat sana… sekadar berkongsi cerita n info. Itu bezanya kn bila kita ambil tahu dgn apa yg kita suka berbanding baca komen org, kondem pastu komen ke laut. Sy x kata bro panglima cengitu… Cuma org lain mmg banyak begitu:)

          Cheers!


      • aku rase weakness point Proton ialah marketing dan branding. Buat produk super hebat pun tapi kalau tak ade usaha keras nak menjual pun tak guna.
        Perdana yang baru lancar sebulan dua ni pun promosi dah hambar.
        wake up lah bos2 Proton. dah dapat loan 1.5bil pun masih tak ada motivasi ke??


        • Betul tu..andai kata kereta nak keluar bulan ni, sekurang-kurangnya team marketing dah buat teaser atau dedahkan sedikit spec atau rekabentuknya supaya orang lebih teruja.. Sekarang banya medium untuk pengiklanan dan promosi, tapi hairan juga proton tak gunakan semua itu secara optimum.

          Jangan senyap je sampailah keluar masa pelancaran nanti.


          • apa kata kalau Proton jual syer pada Tony Fernandes…dia punya marketing idea superb!


          • Mmm… kalau offer jual lotus tentu dia sgt berminat;) Sbb org mcm tony fernandes nie pandai menilai muitara mana yg bersalut lumpur:) hehe..

            Cheers!


  • Persona dikatakan akan mendapat penarafan keselamatan 5-bintang ncap untuk semua variannya. Model Persona yang akan di perkenalkan bulan ini hanya Varian standard Dan executive sahaja. Untuk Varian premium mungkin pada tahun 2018 apabila enjin euro6 Proton diproduksikan besar besaran.

    Manakala model Saga hanya Varian standard Dan executive sahaja, tiada Varian premium.

    Ramalan blogger mengataka harga Saga bermula 33k hingga 44k. Manakala harga Persona bermula 45k hingga 59k


    • isk…betul ke? takkan lah proton nak buat mcm tu..even iriz pun ada versi premium walaupun masih guna powertrain sedia ada. so mengharapkan persona turut mempunyai versi premium.

      Sebenarnya pengenalan enjin dan cvt dari syarikat lain amat dinanti2kan. namun dengan tempoh lebih kurang 2 tahun lagi, adakah pembeli akan menantinya atau beralih membeli jenama lain sekiranya mereka hendak membeli kereta baru dalam masa terdekat?


  • dah nak launch cbuk camo tebal2 lagi apahal…..dah x suprise dah pun……don’t expect org 3 4 hari cbuk pi showroom mcm launching preve dulu…masyarakat 1 Malaysia dah tipis kepercayaan kepada proton…ikutkan firasat persona baru x mampu kalahkan jumlah sale persona v1..byk competition dah igauan buruk memiliki proton sebelum nie

Leave a Reply