Sebuah pesawat penumpang milik Azerbaijan Airlines yang dalam penerbangan dari Baku ke Grozny terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan, menurut Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada Rabu, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Menurut kenyataan kementerian itu, pesawat berkenaan ditemukan sedang terbakar sebaik pasukan penyelamat tiba di lokasi nahas.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
“Seramai 52 anggota bersama 11 unit jentera Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan dikejarkan ke lokasi. Pasukan penyelamat segera menjalankan operasi memadam kebakaran,” menurut kenyataan itu.
Seramai 28 orang termasuk dua kanak-kanak dilaporkan terselamat dalam nahas pesawat itu. Punca awal nahas dikaitkan dengan perlanggaran pesawat dengan sekumpulan burung, menurut Azerbaijan Airlines.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Kementerian Pengangkutan Kazakhstan mengesahkan terdapat 62 penumpang dan lima anak kapal di dalam pesawat malang itu.
Dalam pada itu, Kementerian Pengangkutan Kazakhstan memaklumkan bahawa insiden itu akan disiasat secara terperinci. – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI