ARKIB

KATEGORI

Tular

Wanita bakar Honda RS-X ‘nak kena tarik’ dalam video tular diberkas polis

Tular

Views

Tindakan seorang wanita membakar motosikal kerana tidak berpuas hati kenderaan itu akan ditarik mengundang padah apabila dia diberkas pihak polis di Taiping semalam.

Difahamkan, motosikal jenis Honda RS-X berwarna hitam itu akan ditarik kerana pemiliknya gagal menjelaskan bayaran ansuran selama 20 bulan.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 4.27 petang berhubung tindakan seorang wanita membakar motosikal dalam kejadian di Jalan Pokok Assam di sini.

Katanya, berdasarkan video tular di media sosial, seorang wanita dirakam menyimbah cecair dipercayai petrol ke atas kenderaan tersebut sebelum bertindak membakarnya.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

“Bertindak atas maklumat, pada pukul 7.30 malam semalam, sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping membuat tangkapan ke atas seorang wanita berusia dalam lingkungan 40-an bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca apabila suspek tidak berpuas hati dengan tindakan penarik motosikal yang mahu menarik kenderaan itu kerana mempunyai tunggakan selama 20 bulan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Nasir berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana kesalahan khianat dengan api. Sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun atau denda. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply