Kehadiran pesawat pengintip prototaip Israel yang dilaporkan sedang menjalankan penerbangan ujian merentas ruang udara Putrajaya sebelum mendarat di Singapura mengundang pelbagai tanda tanya.
Sinar Harian melaporkan, penganalisis pertahanan Zaki Salleh berkata, walaupun pada dasarnya ia adalah penerbangan biasa tetapi kehadiran pesawat tersebut yang dilengkapi dengan perkakasan perisikan elektronik menarik perhatian ramai.
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!
Menurut beliau, berkemungkinan pesawat berkenaan sedang melakukan ujian sistem terbaharu dan penerbangan jarak jauh yang dilaksanakan adalah bagi melihat keberkesanan perkakas yang diuji. Jelas beliau, jika ia benar sepertimana dilaporkan, pesawat Boeing 732-400 dengan bernombor pendaftaran 4X-AOO milik syarikat IAI-Elta merupakan pesawat perisikan elektronik.
Tambahnya, pesawat ini digunakan sebagai platform ujian peralatan radar dan elektronik. Ia direka untuk menampung sistem perisikan semboyan rondaan maritim, perisikan imej, sistem amaran awal udara (AEW) dan sistem perlindungan misil pesawat komersil.
JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?
Jelas Zaki, dengan pelbagai sistem penderiaan dan sensor yang amat sensitif, maka sebab itu kehadiran pesawat tersebut di Singapura menarik perhatian selain boleh menimbulkan kemusykilan berhubung tujuannya.
Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan sebuah pesawat pengintip prototaip Israel dilaporkan sedang menjalankan penerbangan ujian di Singapura. Ujian penerbangan selama 4 jam itu telah melibatkan sebuah pesawat Boeing 737-400 yang bernombor pendaftaran 4X-AOO milik syarikat IAI-Elta.
Foto kredit dc_ah dan Defence Security Asia
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
KOMEN TERKINI