ARKIB

KATEGORI

Buletin

Peserta RX-Z Members 5.0 ‘kena pukat’, lebih 120 motosikal ditahan

Berita Tempatan

Views

Lebih 120 buah motosikal peserta himpunan Yamaha RX-Z Members 5.0 ditahan atas pelbagai kesalahan yang dikesan menerusi operasi bersepadu dijalankan pada Jumaat.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, kesemua motosikal berkenaan didapati melanggar pelbagai kesalahan trafik antaranya tidak memiliki lesen memandu, mengubah suai kenderaan serta tidak memasang brek kenderaan.

Menurutnya, operasi berkenaan dijalankan menerusi sekatan jalan raya dan rondaan dilakukan berterusan di seluruh negeri dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melibatkan 85 anggota.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Setakat ini lebih 100 motosikal ditahan dan saman akan dikeluarkan mengikut kesalahan. Bagi motosikal yang disita, pemilik perlu mengubah keadaan struktur kenderaan kepada asal kerana sebahagian besar yang disita merupakan kenderaan yang diubahsuai.

Operasi akan diteruskan sehingga tamat program dan pihaknya percaya selepas ini lebih banyak motosikal akan ditahan. Jelas beliau, operasi itu digerakkan susulan aduan orang ramai berikutan tindakan segelintir peserta himpunan yang menunggang motosikal secara berbahaya dan berlumba.

Katanya, keadaan itu menimbulkan suasana bingit dan tidak selesa kepada penduduk khususnya yang tinggal berhampiran jalan.

Dalam pada itu, Mazli berkata, peserta himpunan Yamaha RX-Z Members 5.0 perlu mematuhi undang-undang jalan raya supaya tidak mengganggu ketenteraman awam.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Beliau berkata, Terengganu bukan lokasi untuk merempit dan pihaknya berharap peserta dapat mematuhi syarat dan undang-undang bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Pihaknya menyokong program berkenaan namun pada masa sama mereka perlu mematuhi arahan yang ditetapkan.

Pihak polis percaya ada peserta datang ke program berkenaan menggunakan laluan tikus menyebabkan mereka ‘terlepas’ daripada sekatan.

Apabila berkumpul barulah pihaknya mendapati banyak motosikal yang tidak lengkap dan diubah suai. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply