Petronas Lubricants International (PLI), anak syarikat Petronas semalam melancarkan generasi kedua Bendalir Kenderaan Eletrik (EV) Petronas iona di Pusat Penyelidikan & Teknologi Globalnya di Turin, Itali.
Pelancaran yang bertemakan “Accelerating Efficiency, Revolutionising e-mobility” merupakan usaha berterusan syarikat ke arah teknologi dan trend terkini dalam ruang e-mobiliti.
Menurut Global EV Outlook 2021 baru-baru ini, pasaran global bagi semua jenis kereta telah terjejas dengan ketara akibat kesan ekonomi yang dibawa oleh pandemik COVID-19.
Walaupun pendaftaran kereta baharu konvensional secara keseluruhannya menurun, jualan kereta elektrik global meningkat sebanyak 70 peratus pada tahun 2020.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PLI, Giuseppe D’Arrigo berkata, pihaknya yakin bahawa e-mobiliti sedang berkembang pada kadar yang sangat pantas.
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
Dengan pertumbuhan tersebut, penyelesaian yang inovatif menjadi pemacu bagi mempercepatkan peralihan ke arah e-mobiliti untuk masa depan yang lebih lestari.
Petronas iona yang mula diperkenalkan pada tahun 2019 dan sejak itu, pembangunannya telah dicapai sejajar dengan perkembangan teknologi EV.
Generasi kedua Petronas iona direka bagi memenuhi pelbagai keperluan dalam Unit Pemacu Elektrik dan E-gandar termasuk kawalan geseran dan kehausan serta pengurusan haba untuk memaksimumkan prestasi, kecekapan tenaga dan kebolehpercayaan kenderaan elektrik berprestasi tinggi.
Langkah ini adalah selaras dengan komitmen PLI terhadap kelestarian yang diumumkan pada pada 2018, di mana 75 peratus daripada pelaburan Penyelidikan dan Teknologinya akan disalurkan untuk ionovasi yang mengurangkan pelepasan karbon.
Langkah ini adalah bagi menyokong matlamat yang lebih besar untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050.
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
Sempena pelancaran Petronas iona, PLI mengumpul pakar-pakar terkemuka industri, para OEM dan pembekal melalui sesi Petronas EV Fluids Webinar 2021. Webinar itu lanjutan daripada Simposium Bendalir EV Petronas pertama yang dihoskan pada tahun 2019.
Webinar ini meliputi tajuk-tajuk termasuk Inovasi Bateri untuk Kenderaan Elektrik hinggalah Kemajuan Terkini dalam Teknologi Bendalir untuk Sistem E-Transmisi oleh para pakar dari industri and PLI.
Selain itu, PLI turut bekerjasama rapat dengan Imperial College London, FEV Group, IAV dan syarikat-syarikat bahan tambahan, sejak tahun 2018.
Mengulas tentang webinar, Giuseppe D’Arrigo berkata, “pembentangan di webinar ini merupakan beberapa langkah dan kemajuan projek kejuruteraan bersama dalam kalangan rakan industri dan rakan akademik mereka.
Kemajuan bendalir EV generasi kedua Petronas iona menjadi bukti kepada usaha PLI dalam mengubah e-mobiliti ke arah masa depan yang lebih hijau dan lestari.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
KOMEN TERKINI