ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Bila Daihatsu Xenia 2022 pakai muka Myvi facelift, agak-agak sesuai jadi Perodua Alza (D27A) tak?

Impresi Artis

Views
Perodua Alza again?

Memandangkan Perodua bakal menamatkan pengeluaran model MPV tujuh-tempat duduk, Alza pada penghujung Januari 2022, sahabat kami yang pakar dalam manipulasi foto, Theophilus Chin sekali lagi mencuba untuk memberi gambaran awal model penggantinya.

Dengan menggunakan model asas iaitu Daihatsu Xenia 2022 yang disebut-sebut sebagai Alza baharu (namakod D27A), Theo telah mengubah rekaan hadapan model itu dengan menyuntik elemen reka bentuk pada Myvi facelift yang dilancarkan malam tadi.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Menurutnya, idea tersebut tercetus gara-gara penulis pernah memberi pendapat yang elemen rekaan Myvi facelift dirasakan sesuai untuk dimasukkan pada Xenia 2022. Pada pandangan peribadi penulis, elemen rekaan-X pada Myvi facelift adalah evolusi dari yang pada model sebelumnya.

Senang cerita, para pereka di Perodua mula memperkenalkan gaya rekaan-X versi 2.0 pada Myvi facelift yang bakal menjadi identiti baharu model keluaran mereka selepas ini.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Rekaan-X 2.0 Perodua masih lagi membawa DNA rekaan sebelumnya tetapi diolah dengan gaya lebih ringkas dan moden. Adakah gaya rekaan-X 2.0 Myvi facelift ini sesuai untuk model baharu Perodua? Nyatakan pendapat anda.

Terima kasih Theophilus Chin kerana sudi kongsikan karya ini dengan kami! Jom langgan saluran YouTube Theottle untuk melihat karya terbaharunya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theophilus Chin

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply