Kini semakin sengit saingan dalam segmen C sedan dengan ketibaan pencabar baru iaitu Peugeot 408. Pelancarannya telah dibuat malam semalam oleh Nasim di Peugeot Blue Box, Glenmarie. Dipasang di kilang Naza Automotive Manufacturing Gurun, Kedah, Peugeot menyasarkan model pemanduan sebelah kanan ini di eksport ke beberapa negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei, Bangladesh dan lain-lain tidak lama lagi.
Panjang keseluruhan kereta ini ialah 4.68 m dan ia lebih panjang 11.5 cm berbanding dengan Honda CR-V. Ruang cabin juga premium dan selesa walaupun bagi penumpang yang berketinggian 6 kaki. Ruangan boot juga luas iaitu 562 liter, malah ia lebih luas daripada model segment D sebagai contoh NissanTeana yang cuma boleh memuatkan sehingga 506 liter.
Model ini ditawarkan dengan 2 kapasiti enjin, 2.0 NA dan 1.6 turbo. Untuk model 408 Turbo, ia dijana oleh enjin Prince 1.6L THP twin-scroll turbo tetapi dengan prestasi yang dipertingkatkan (163 hp pada 6,000 rpm dan 240 Nm pada 1,400 rpm), ini adalah hasil dari turbin baru, piston dan engine mapping. Ia dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan dengan Tiptronic dan boleh memecut dari 0-100 km/h dalam 9.2 saat dengan kelajuan maksimum 215 km/h. Boleh dikatakan model ini adalah yang paling berkuasa dalam segmennya. Bagi yang mementingkan keselesaan, versi 2.0 dengan enjin 2.0 liter aspirasi normal dengan 145 hp pada 6,000 rpm dan 200 Nm pada 4,000 rpm. Versi ini menggunakan kotak gear automatik 4 kelajuan.
Dari segi keselamatan pula, model Turbo mempunyai beg udara hadapan dan sisi untuk penumpang hadapan dengan tambahan beg udara curtain dibahagian hadapan dan belakang selain ciri-ciri lain sperti ABS, EBD, ESP, ASR dan EBA. Model 2.0 pula dilengkapi beg udara berkembar hadapan dan pelbagai ciri yang lain.
Selain itu model 408 Turbo mepunyai kemasan kulit untuk kerusi, steering dibalut kulit dengan kemasan aluminium, auto-dimming rear view mirror dan armrest belakang dengan dua cup holder. Kedua-dua versi juga terdapat cruise control dengan speed limiter, rim alloy 17 inci, fungsi lampu “Follow Me Home” , lampu hadapan serta wiper yang boleh diaktifkan dengan sensor dan cermin sisi boleh dilipat secara automatik. Selain itu model ini mempunyai fungsi pendingin hawa dua zon automatik dengan corong pendingin hawa belakang, pemain CD/ MP3 dengan enam pembesar suara, sambungan USB dan Bluetooth, panel LCD dan lain-lain.
Harga yang ditawarkan ialah RM125,888 bagi 408 Turbo, manakala 408 2.0 pula harganya RM109,888. Pada masa yang sama Peugeot Blue Box terbaru di Glenmarie yang bakal beroperasi pada bulan Jun ini telah dibina dengan kos RM15 juta. Dengan keluasan 82,000 kaki persegi ia merupakan bilik pameran Nasim terbesar dan juga bakal menjadi pusat servis Peugeot terbesar di Malaysia dengan kapasiti servis 66 kereta sehari.
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
Putra!
klu design interior & exterior preve camni, dh gegak gempita kena bash dgn rkyt m’sia yg malu pakai proton
itulah. aku pun tak suke interior die. harga rm 100 K lebey camtu jer designyer. tapi sebab kete brand luar punyer sume diam. takder nak kutuk2 buruk ke apa. kalau proton, belum tgk interior dah berbakul2 kene kutuk.
Fantastic design..interior look luxury…
yup 🙂
mcm dah masuk segmen D dah ni..
mmg pun…camry lebar 1825mm, 408 1815mm dh dkt tu huhu
. Untuk model 408 Turbo, ia dijana oleh enjin Prince 1.6L THP twin-scroll turbo tetapi dengan prestasi yang dipertingkatkan (163 hp pada 6,000 rpm dan 240 Nm pada 1,400 rpm)
———————————
ada hp/torque curve dia tak?
chicks tu mengganggu penilaian terhadap kereta ni.. huhu..
hang nilai model tepi tu dah le..haha..
lampu blakang macam youngman l5
harga munasabah
xla mrepek sgt
makin pningla perodua
market mkin mncbr
honda bkl buat perodua giler
automotif mmg best!!!
aku kelik gamba yg ada anak ayam tu je… campro dapat dosa sbb menayangkan menda haram tu. termasuk aku sekali berdosa.
masalahnya bro, penganjur majlis tu yg pggil ppuan pakai gitu, kalau nak kira berdosa hari2 kita tengok orang yg tak tutup aurat, dedah sana sini, tak terfilter gak mata ni dari benda2 gitu..