ARKIB

KATEGORI

Buletin

Peugeot Malaysia serah 10 unit pertama Peugeot 408 kepada pemiliknya di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Peugeot Malaysia meraikan 9 pemilik terawal model Peugeot 408 serba baharu di Malaysia dalam satu majlis penyerahan kumpulan pertama model tersebut yang berlangsung baru-baru ini.

Majlis penyerahan dibuat semasa acara Malaysia Autoshow 2024, di mana kesemua pemilik telah menerima kereta masing-masing yang ditempah pada pertengahan April lalu.

Peugeot 408 menerima sambutan yang cukup positif, dengan lebih daripada 300 tempahan diterima sejak ia mula dibuka.

Varian GT menerima paling banyak tempahan dengan 60 peratus, diikuti Premium 22 peratus, manakala baki 18 peratus lagi dari varian Allure.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Menurut Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Francis Morais, maklum balas dan respons bagi model ini sangat positif dan pihaknya berharap untuk mengekalkan dan meneruskan momentum 408.

Duta Perancis ke Malaysia, Yang Amat Berhormat Axel Cruau turut memilih Peugeot 408 sebagai kenderaan rasmi kedutaan.

Beliau yang hadir semasa hari pelancaran rasmi, turut memuji dan menyatakan kekagumannya terhadap reka bentuk avant-garde dan teknologi inovatif Peugeot 408 sebelum memilihnya sebagai kereta rasmi.

Model ini menampilkan gaya reka bentuk ‘fastback, yang bakal memberi petunjuk kepada arah tuju reka bentuk kenderaan-kenderaan syarikat tersebut pada masa depan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ia juga menjadi model yang pertama memakai logo Peugeot yang baharu dan rekaan i-Cockpit terbaru dari jenama tersebut.

Ia dilengkapi dengan tempat duduk ergonomik inovatif yang disahkan oleh AGR Germany, dengan fungsi urutan dalaman.

Peugeot 408 dikuasakan oleh enjin turbocas PureTech 1.6 liter yang menghasilkan 218 kuasa kuda dan rekaan rim 18-inci yang bergaya dengan kemasan Granite Grey dan Granite Black untuk varian Allure dan Premium.

Model ini dipasang secara tempatan dan dan dijual pada harga RM 146,055 untuk varian Allure, RM166,055 untuk varian Premium, dan RM196,055 untuk varian GT.

Harga termasuk dengan jaminan selama 7-Tahun atau 200,000km, yang mana terdahulu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply