Pengedar rasmi motosikal jenama Voge di Malaysia, MForce Bike telah melancarkan sebuah model ‘supermoped‘ terbaharu, Voge FR150 Formica Rossa.
Formica Rossa dalam Bahasa Malaysia membawa maksud ‘Semut Merah‘. Supermoped ini dilancarkan sempena pameran automotif Malaysia Autoshow 2024 yang berlangsung di MAEPS, Serdang baru-baru ini.
Voge FR150 Formica Rossa tampil dengan tiga pilihan warna menarik, iaitu Heat Red, Bold Blue dan Canary Yellow. Harga yang ditawarkan tidak termasuk insurans dan cukai jalan adalah RM8,888.
Model ini telah pun dikesan menjalani ujian jalan raya di Malaysia pada 1 Januari lalu dan sempat dirakam dan dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook bernama Najwa Syafiqah di laman group Yamaha Ego Gear (MY).
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Ia menampilkan reka bentuk yang mengadaptasikan dan diinspirasikan dari dua model supermoped terhangat di pasaran, iaitu Yamaha Y16ZR dan Honda RS-X.
Berikut adalah spesifikasi ringkas Voge FR150 Formica Rossa:
- Dari segi ukuran dimensi, ia berukuran 1,958mm panjang, 679mm lebar, dan 1,116mm tinggi
- Jarak lega tanahnya pula berukuran 145mm, manakala jarak tapak roda 1,290mm.
- Ia dikuasakan oleh enjin 4-lejang silinder tunggal 149.6cc DOHC sejukan cecair 4-injap dengan sistem pancitan bahan api (FI) yang menjana 15.4 kuasa kuda dan 13.5Nm daya kilas pada 7,500rpm.
- Enjin ini dipadankan dengan kotak gear manual 6-kelajuan dengan ciri cekam licin (slipper clutch).
- Kapasiti tangki bahan apinya adalah 5.8 liter.
- Ketinggian pelana tempat duduknya 795mm, manakala berat 123kg.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
- Rim aloi bersaiz 17-inci dengan tayar 90/80 di depan, dan 120/70 di belakang.
- Lampu hadapan jenis LED penuh pada bahagian fairing dan kepala, termasuk lampu siang (DRL).
- Lampu isyarat membelok diposisikan pada bahagian sisi fairing dan untuk belakang pula adalah jenis rekaan ‘capang’.
- Dilengkapi panel meter digital jenis LCD berwarna dengan latar hitam bersaiz besar, sistem penghidup kunci pintar dan slot USB.
- Menggunakan fork teleskopik konvensional di hadapan dan monoshock di belakang.
- Aspek keselamatan pula terdiri daripada sistem brek cakera tunggal 244mm (hadapan), dan cakera tunggal 203mm (belakang) dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi- saluran.
Rapido Malaysia turut mempamerkan versi modifikasi Voge FR150 Formica Rossa di Malaysia Autoshow 2024 dan akan menghasilkan beberapa aksesori naik taraf untuk model tersebut.
Sumber: PanduLaju.com.my
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Voge Malaysia, Lensaseepolworld dan PanduLaju.com.my
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI