ARKIB

KATEGORI

Buletin

PLUS usaha capai aspirasi wujudkan lebuh raya tanpa palang tol

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan Ketua Teknologi dan Inovasi PLUS, Shamsul Izhan Abdul Majid berkata PLUS Malaysia Bhd (PLUS) kini sedang berusaha untuk mencapai aspirasi mewujudkan lebuh raya tanpa palang tol di negara ini.

Ia juga selari dengan kemahuan kerajaan, iaitu mewujudkan lebuh raya dengan sistem pelbagai lorong aliran bebas atau ‘multi-lane free flow’. Namun PLUS tidak boleh melakukannya secara bersendirian, sebaliknya ia memerlukan kerjasama beberapa pihak berkuasa seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Katanya, PLUS perlu mencari pihak berkaitan untuk jalinan kerjasama, rundingan, ujian dan cubaan. Ada banyak kekangan yang perlu diatasi dan untuk mewujudkan sistem berkenaan juga tidak semudah yang disangka. Antara kekangan utama adalah kesulitan untuk mengesan nombor plat kenderaan.

JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya

Ini kerana, di Malaysia terdapat banyak format nombor plat dan pihaknya perlu mengesahkan terlebih dahulu identiti sesebuah kenderaan itu. Tambahnya lagi, di negara Eropah, nombor plat kenderaan dikeluarkan oleh kerajaan manakala di sini, pengguna boleh menempah format nombor plat yang diinginkan di kedai aksesori kenderaan.

Shamsul Izhan berkata, PLUS sudah menjalankan ujian percubaan pengecaman nombor plat di tiga lokasi iaitu Bandar Serenia, Southville dan Bandar Subang. Ujian percubaan itu dibuat untuk menggabungkan teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik (Automatic Number-plat Recognition) dengan sistem tol.

Ia bertujuan untuk mengetahui identiti kenderaan dan cara pembayaran yang mahu dilakukan oleh pemandunya. Tambah beliau lagi, PLUS sudah mula menjalankan usaha untuk mencapai aspirasi berkenaan sejak dua tahun lalu.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

Bagaimanapun, masih tiada jangka masa yang tepat bila aspirasi ini dapat dicapai. Mereka ada juga berkongsi maklumat dengan pengendali tol di Singapura, tetapi keadaan di sini tidak sama dengan negara berkenaan. Menurutnya, Singapura adalah sebuah pulau dan kenderaan di sana hanya berpusing di sekitar kawasan itu.

Mungkin jika pengguna tidak membayar tol pada hari ini, mereka perlu membayarnya pada keesokan hari. Mereka tidak boleh lari daripada sistem di sana. Tetapi di Malaysia, kenderaan masuk daripada pelbagai arah, ada yang dari Thailand, dan ada juga yang dibawa menaiki kapal dari Sabah dan Sarawak.

Potensi kenderaan untuk hilang tanpa membayar tol itu ada dan ia boleh menjejaskan kutipan tol dan pendapatan PLUS. Sungguhpun begitu, PLUS akan tetap berusaha untuk mencapai aspirasi lebuh raya tanpa palang. Mereka kini sedang mencari cara yang efektif untuk mencapai aspirasi berkenaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka
JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply