Menjelang detik pelancaran rasmi Saga facelift 2019, 6 Ogos ini beberapa pusat pameran Proton di seluruh negara sudah mula menerima kehadiran model tersebut. Beberapa foto model yang paling ditunggu-tunggu ini telah dikongsikan oleh dua rakan kami, Albert Sia II dan Alsaddam Suhaimi sebentar tadi.
Namun lokasi foto tersebut dirakam tidak dinyatakan. Kelihatan ada dua varian berbeza dalam foto-foto ini, warna Rosewood Maroon untuk varian Premium manakala Jet Grey untuk varian Standard.
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
Berikut adalah info secara ringkas mengenai Saga facelift 2019:
Proton hanya akan menawarkan dua varian sahaja, iaitu :
- Varian Standard (Manual/Automatik)
- Varian Premium (Automatik sahaja)
Lima pilihan warna, iaitu :
- Jet Grey
- Snow White
- Ruby Red
- Armour Silver
- Rosewood Maroon
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan
Ciri-ciri yang dipertingkatkan:
- Rekaan jeriji, serta bampar depan dan belakang baharu yang menampilkan elemen rekaan baharu Proton, Anyaman Infiniti (Infinite Weave) dan Busur (Ethereal Bow).
- Penambahbaikan pada mod bantuan ECO.
- Kadar Hingar, Getaran dan Kekasaran (NVH) lebih baik.
- Transmisi baharu 4-kelajuan automatik dari Hyundai PowerTech.
- Mod Sport untuk semua varian.
- Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD) kini ditawarkan pada varian Standard.
- Sistem Bantuan Mendaki (HHA), Kawalan Cengkaman (TC) dan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) ditawarkan pada varian Premium.
- Tayar bersaiz 185/65/14 untuk varian Standard.
- Tayar bersaiz 185/55/15 untuk varian Premium.
- Tolok meter baharu, gabungan analog dan digital (monokrom).
- Spoiler baharu untuk semua varian.
- Tombol gear baharu untuk transmisi automatik.
- Lampu dalam kabin baharu.
- Tiga (3) slot USB.
- Fungsi Mirrorlink untuk sistem infohiburan pada varian Premium.
- Kamera undur untuk varian Premium.
- Penderia (sensor) pakir depan dan belakang untuk varian Premium.
- Penderia (sensor) pakir belakang untuk varian Standard.
- Lampu nyalaan siang LED (DRL) untuk varian Premium.
Setakat ini sahaja info yang kami tahu setakat ini, nantikan perkembangan selanjutnya dalam masa terdekat!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil
JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?
JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat
JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital
KOMEN TERKINI