ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isu pasang ‘Jalur Gemilang’ terbalik – Toyota Malaysia mohon maaf

Berita Tempatan

Views

Menerusi hantaran terkini di laman Facebook rasmi Toyota Malaysia kira-kira dua jam yang lalu, UMW Toyota telah membuat permohonan maaf atas kesilapan salah sebuah pengedar yang telah menggantungkan bendera secara terbalik di premis mereka.

JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya

Sebagai rakyat Malaysia mereka turut terasa dan kecewa dengan kejadian tersebut yang tidak sepatutnya berlaku dan berterima kasih kepada pihak warganet yang telah membawa perkara ini ke perhatian mereka secepat mungkin.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

Perkara ini amat dipandang serius oleh pihak UMW Toyota dan tiada niat sama sekali untuk menghina Jalur Gemilang yang tercinta. Pengedar tersebut (PDC Auto Kuantan) juga telah membetulkan kesilapan dengan segera dan memohon maaf di laman rasmi Facebook mereka yang mengakui kecuaian tersebut telah berlaku tanpa disengajakan.

Langkah untuk mengelakkan perkara sebegini berulang telah pun dilakukan. Amaran keras dan tindakan sewajarnya akan dikenakan untuk memastikan kesilapan yang cukup melukakan hati rakyat Malaysia tidak berlaku lagi. Kekhilafan ini amat dikesali dan sekali lagi UMW Toyota memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia dan memberi jaminan perkara sebegini tidak akan berulang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka
JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply