ARKIB

KATEGORI

Info

Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka

Info

Views

Akhirnya, yang ditunggu-tunggu telah tiba! Memperkenalkan Proton Saga 2019 yang baharu sahaja dilancarkan sebentar tadi oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Datuk Ignatius Dorell Leiking. Model marhaen ini telah menerima beberapa perubahan untuk edisi 2019.

Untuk Saga 2019, Proton hanya akan menawarkan dua varian sahaja, iaitu :

  • Varian Standard (Manual/Automatik)
  • Varian Premium (Automatik sahaja)

Saga 2019 ditawarkan dalam lima pilihan warna yang menarik, iaitu :

  • Jet Grey
  • Snow White
  • Ruby Red
  • Armour Silver
  • Rosewood Maroon

Ini adalah 5 perubahan yang kami suka:

1. Wajah baharu yang lebih ‘menggoda’
Tidak keterlaluan kami katakan, Saga 2019 kini lebih ‘gah’ dan penambahbaikan yang dibuat oleh para pereka dan jurutera Proton berjaya ‘meningkatkan darjat’ model marhaen ini. Ia tampil lebih elegan dan sporty dengan suntikan elemen penggayaan baharu Proton, iaitu Anyaman Infiniti (Infinite Weave) dan Busur (Ethereal Bow) pada rekaan jeriji serta bampar depan dan juga belakang.

Siapa sangka reka bentuk rim aloi 15 inci Saga 2019 varian Premium kelihatan seperti rim kereta mewah. Pada kami ini antara elemen yang paling mencuri tumpuan di luar selain wajah baharunya. Rim aloi rekaan lima-bilah berkembar dua tona dengan kemasan teknik ‘potongan berlian’ (diamond cut)  ini kami rasa jauh lebih menarik daripada model-model naik taraf Proton sebelumnya.

Rekaan belakang kini lebih seksi dan nampak lentik dengan kehadiran spoiler baharu yang lebih tebal dan tinggi. Pintu but belakang kini boleh dibuka dengan hanya kawalan jauh. Tidak dilupa lampu nyalaan siang LED (DRL) yang menghiasi varian Premium. Secara keseluruhan rupa luaran Saga 2019 sememangnya lebih mengujakan!

JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran

2. Skrin terapung 7 inci yang bergaya
Ini antara ciri yang kami sangat suka pada Saga 2019 dan ia telah berjaya mengubah penampilan keseluruhan reka bentuk papan pemukanya. Sebelum ini rekaan papan pemuka Saga nampak agak ‘ketinggalan zaman’, namun dengan adanya unit infohiburan jenis terapung, ia telah berubah secara drastik menjadi sebuah kereta yang lebih canggih dan kontemporari.

Unit infohiburan ini bersaiz 7 inci berasaskan Android ini dilengkapi dengan fungsi Mirrorlink, Bluetooth, 16 gb storan dalaman dan sambungan telefon pintar serta sistem bunyi yang lebih mantap berbanding pesaing dalam kelasnya. Melengkapi ruang dalaman gaya baharu ini adalah panel meter baharu gabungan analog dan digital (monokrom) yang nampak lebih moden serta lampu kabin yang lebih bergaya.

4. Ciri keselamatan yang dipertingkat
Proton telah mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan Saga 2019 yang dilengkapi dengan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD) pada varian Standard. Fungsi Bantuan Mendaki (HHA), Kawalan Cengkaman (TC), Bantuan Brek (BA) dan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) pula ditambah pada varian Premium.

Saga 2019 turut dilengkapi dengan dua beg udara, penderia depan dan belakang, kamera undur, Isofix, Top Tether dan mendapat penarafan 4-Bintang ASEAN NCAP.

JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran

4. Transmisi 4-kelajuan automatik baharu
Proton telah melakukan perubahan mekanikal yang paling ketara dengan memperkenalkan transmisi 4-kelajuan automatik baharu dari HyundaiPowerTech bagi menggantikan unit CVT dari Punch. Transmisi CVT yang sering menjadi rungutan pemilik sedia ada, telah digantikan dengan unit yang lebih konvensional dan ia dikatakan lebih responsif dan menjimatkan bahan bakar. Kami akan menguji transmisi ini dalam sesi pandu uji media nanti, tunggu!

5. Harga yang lebih murah serta tambahan pakej yang menarik
Ini merupakan kejutan terbesar untuk Saga 2019, dan Proton menghangatkan lagi majlis pelancaran model ini dengan pengumuman harga yang berjaya memukau para hadirin.

Berikut adalah perbandingan antara Saga 2019 dengan model sebelumnya (harga atas jalan tanpa insurans):

  • Varian Standard (Manual): Saga 2019 – RM32,00.00,  Saga (model sebelumnya) – RM33,591.03.
  • Varian Standard (Automatik): Saga 2019 – RM35,800.00,  Saga (model sebelumnya) – RM36,343.22.
  • Varian Premium (Automatik): Saga 2019 – RM39,800.00,  Saga (model sebelumnya) – RM41,487.59.

Proton turut menawarkan pakej Nilai Ekstra untuk pembelian Saga (2019) yang terdiri daripada tiga pakej:

  • Pakej Servis – Percuma 3 kali kos buruh, atau bersamaan 1 tahun.
  • Pakej Kadar Faedah – Pembiayaan pinjaman kenderaan dengan kadar faedah serendah 2.98 peratus setahun.
  • Pakej Insurans – Pembeli akan menerima manfaat insurans untuk kereta baharu sekiranya mengambil insurans menerusi panel Proton.

Saga 2019 akan dipamerkan di semua pusat jualan Proton bermula malam ini. Dah sedia duit bayaran muka ke belum?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil
JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply